Wahai Lelaki, Seorang Isteri Itu Pendamping Hidup, Bukan Pembantumu

Sememangnya segala kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab seorang lelaki, dan isteri hanya membantu sahaja. Oleh kerana kesibukkan suami dalam mencari nafkah diluar, tanggungjawab beralih kepasa isteri.

Walaupun begitu, tidak bermakna suami seharusnya membiarkan isteri melakukan kerja rumah seorang d1ri tanpa membantu dengan alasan penat bekerja.

Mari kita baca kisah ini, seorang anak yang belom mengerti maksud tanggungjawab sebenar,berbual dengan ibunya.

“Ibu masak apa? saya bantu ya…?”

“Ibu nak masak ikan goreng. dengan sambal tomato kesukaan Ayah” katanya.

“Alhamdulillah.. mesti sedap.. ibu.. saya rasa calon isteri saya tak pandai masak lah ibu”

“ye ke? dah tu kenapa?? ” tanya Ibu.

“Bukan apa Bu.. saya cuma bagitahu ibu, supaya ibu tak kecewa nanti”

“kamu fikir yang memasak, membersihkan, menyapu, mengemas rumah serta lain-lain itu semua kewajipan wanita? ”

Saya memandang Ibu dengan tidak faham.

“Ketahuilah Nak, itu semua adalah kewajipan Lelaki. Kewajipan kamu nanti bila telah beristeri.” katanya.

“Bukankah Ibu setiap hari melakukan kerja-kerja tu semua?”

Saya masih tetap tidak mengerti juga.

“Kewajiban Isteri adalah taat pada suami serta mencari redho Suami.” kata Ibu.

“Ayah kamu tak dapat menguruskan rumah kerana bekerja, sebab itu ibu yang lakukan semua kerja rumah”.

“Ibu lakukan semuanya iklhas kerana sayang dan cinta ibu pada ayah kamu, dan mencari redha ALLAH S.W.T. Walaupun kerja itu semua bukan kewajipan ibu”

Saya jadi semakin tak faham.

“Baik, anakku sayang. Ini pengetahuan untuk kamu yang ingin menikah.”

Ibu memandang mataku.

“pada pendapat kamu, apa maksud nafkah? Bukankah Lelaki harus memberi nafkah kepada Isteri?” Tanya Ibu.

“Iya ibu, itu sudah pasti ”

“Baju yang bersih itu nafkah. Mencuci adalah kewajiban Suami. Makanan itu nafkah. Jadi bila masih lagi berbentuk beras, itu masih setengah nafkah. kerana belum dapat dimakan. Hingga memasak adalah keharusan Suami. Begitu juga mempersiapkan tempat tinggal adalah kewajiban Suami. Hingga kebersihan rumah itu kewajiban Suami.”

Mataku terbeliak mendengar kata-kata Ibu.

“Waaaaah.. sampai macam tu ibu? kalau semua itu adalah kewajipan suami. Mengapa Ibu lakukan semua send1rian tanpa meminta pertolong dari Ayah?”

“Sebab ibu mencari redha ALLAH S.W.T.”

MasyaAllah….

Sebelum mend1rikan rumahtangga, belajar dahulu tentang tanggungjawab suami isteri. Supaya nanti masing-masing sudah tahu dan faham dengan tanggungjawab masing-masing dan tidak timbul salah faham dan mencetuskan perbalahan.

Sayangi isteri anda, horm4tilah dia seperti mana anda menghorm4ti ibu anda. Mereka adalah pendamping suami, bukan pembantu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Aliffchannel

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wahai Lelaki, Seorang Isteri Itu Pendamping Hidup, Bukan Pembantumu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*