Tuala Wanita Tak Payah Basuh Sebelum Buang – Penerangan Ustaz

Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan komen yang saya perhatikan, rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa pad disposable WAJIB dibasuh sebelum dibuang.

Isu ini dah lama berlaku terutama di kalangan pelajar-pelajar perempuan di asrama. Kalau dulu, sampai ada sesi khas ‘torture’ terutama adik-adik junior disebabkan isu ini (nasib la saya termasuk akak senior yang cool dan tak terjebak..hehehehe)

Sebab apa?

Kononnya d4rah yang tak dibasuh nanti akan dij1lat sy4it4n lah, j1n lah. Akan buat badan s4kit la. Migrain juga kepala dengar hujah-hujah ni tapi takpelah, mari la saya terangkan satu persatu.

1. Dalil Basuh Untuk Kain

Kita lihat semula dari sudut agama. Kita di ajar supaya apabila pakaian terkena d4rah h4id, haruslah di basuh/dikeruk sehingga hilang d4rah tersebut dan boleh pula di pakai untuk solat.

Ini kerana d4rah h4id termasuk benda n4jis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang d4rah h4id yang mengenai pakaian.

Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (d4rah h4id tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu.” Bukhari dan Muslim.

Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi SAW kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena d4rah h4id. Apa yang harus kami perbuat?” Baginda SAW menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya.”

Shidiq Hasan Khon rahimahullah mengatakan, “Perintah untuk menggosok dan mengerik d4rah h4id tersebut menunjukkan akan ken4jisannya.” Hal ini pun telah disepakati oleh para ulama.

Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada pad la, pad bergel la, tampon la. Jadi, untuk digunakan semula, perlulah basuh terlebih dahulu kain tersebut.

Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang sealmari bajunya. Jadi bila baju terkena d4rah, kena la cuci bagi bersih sebab d4rah h4id adalah n4jis.

2. Tak Perlu Basuh Jika Pad

Dan ulama’ juga berpendapat, adapun kalau pad disposable yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh.

Cukup lah di buang dengan baik (bungkus elok-elok, jangan sepahkan) dan lebih baik ditanam.

Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ada tu.

Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet atau buang kat sinki, paham?

Macam UStaz Azhar kata kat video ni, ada tak orang letak kapas kat luka, then basuh dulu kapas tu sebelum buang? Tak ada kan?

Sama juga la macam baby berak atas diapers yang disposable, ada ke kita cuci dulu bagi bersih-bersih baru buang? Tak kan?

Tapi kalau pakai kain lampin atau cloth diaper, kita akan cuci sebab nak pakai semula.

3. Jangan Mengada-adakan Khurafat

Pasal h4ntu la j1n la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mestika? Haiyaaaaa…tu la banyak beno masa tengok cerita 4ntu.

Kalau dah elok dibuang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca bismillah. Allah yang cipta d4rah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje.

Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakai lah jumhur ulama’ punya pandangan ye.

Termasuk dalam kepercayaan khur4fat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi d4rah h4id, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang.

Kononnya untuk mengelak dari dimakan sy4it4n dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah k4rut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi SAW.

Abu Sa’id al-Khudriy r.a. bekata:

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah SAW, apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telaga Budha’ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita (bekas h4id), sisa anj1ng dan kotoran?

Nabi SAW menjawab: “Sesungguhnya air itu suci, tidak men4jiskannya sesuatupun.”

So, dah terjawab dah mitos ni?

Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukvm macam-macam sebab ianya tak ada nas dan dalil.

Lebih bagus lagi, pakai la cloth pad. Dah tentu jimat. Sebab pakai disposable pun korang basuh, baik le pakai yang boleh guna semula, tak gitu?

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Salwasaleh.com

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tuala Wanita Tak Payah Basuh Sebelum Buang – Penerangan Ustaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*