Terlupa Berwudhu’ Ketika Menunaikan Solat.

Soalan:

Saya pernah melakukan solat, tetapi saya terlupa untuk mengambil wudhu’. Saya menyedari bahawa saya tidak berwudhu’ selepas melakukan solat. Adakah solat saya sah atau tidak? Jika saya menyedari ketika sedang mendirikan solat, adakah saya perlu memberhentikan solat?

Jawapan:

Syarat sah seseorang dalam melakukan solat adalah perlu bersuci dan bersih anggota badannya daripada hadas besar dan kecil. Bersuci atau berwudhu’ untuk melakukan solat merupakan perintah dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُوْسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” (Surah Al-Maidah, 6)

Begitu juga hadith, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ

“Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna.” [Riwayat al-Bukhari (5897) dan Muslim (397)]

Maka jelas jika dilihat melalui hadis tersebut, seseorang yang ingin menunaikan solat adalah wajib untuk bersuci dari segala hadas.

Manjawab kepada soalan yang diajukan, perbincangan berkenaan isu ini telah banyak dibah4skan oleh para ulama’ terdahulu bahkan ia telah bersepakat mengh4ramkan mereka yang berh4das menunaikan solat.

أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى تَحْرِيمِ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُحْدِثِ وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّهَا لَا تَصِحُّ مِنْهُ

“Kaum muslimin bersepakat bahawa h4ramnya solat bagi orang yang berhadas.” (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)

Mengikut amalan dan pandangan disisi mazhab Syafie dan Hanafi, mereka menyatakan bahawa kedudukan seseorang yang solat tanpa berwudhu’ terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu tidak sengaja (terlupa) atau sengaja.

إنْ كَانَ عَالِمًا بِحَدَثِهِ أَوْ جَاهِلًا أَوْ نَاسِيًا لَكِنَّهُ إنْ صَلَّى جَاهِلًا أَوْ نَاسِيًا فَلَا إثْمَ عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَ عَالِمًا بِالْحَدَثِ وَتَحْرِيمِ الصَّلَاةِ مَعَ الْحَدَثِ فَقَدْ ارْتَكَبَ مَعْصِيَةً عَظِيمَةً وَلَا يَكْفُرُ عِنْدَنَا بِذَلِكَ إلَّا أَنْ يَسْتَحِلَّهُ ، وَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ : يَكْفُرُ لِاسْتِهْزَائِهِ

“Sama ada dia mengetahui had4snya atau j4hil (tidak tahu) atau terlupa tetapi jika dia menunaikan solat kerana dia tidak tahu dia berada di dalam keadaan berh4das, maka tidak ada d0sa baginya. Sebaliknya, jika dia mengetahui bahawa dia berada di dalam keadaan h4das dan mengetahui larangan solat dalam keadaan berh4das, maka dia telah melakukan d0sa besar tetapi tidak sampai tahap orang yang k4fir menurut pandangan kami (mazhab syafie), kecuali jika dia menyatakan bahawa hal itu diperbolehkan. Abu Hanifah menyatakan bahawa dia telah kvfur kerana mempermainkan agama.” (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)

Kesimpulannya, kami bersepakat dan bersependapat bahawa jika seseorang itu terlupa berwudhu’ lalu melakukan solat, status solatnya tidak sah dan perlu diulang semula. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ

“Allah SWT tidak menerima solat mereka yang berh4das sehingga dia berwudhu’.” (Riwayat al-Bukhari, No. 6954)

Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ

“Tidak ada solat bagi mereka yang tidak berwudhu’.” (Riwayat Abi Daud, No.101)

Adapun, seseorang yang mengetahui bahawa dirinya dalam keadaan hadas dan mengetahui bahawa larangan untuk menunaikan solat dalam keadaan berh4das tetapi tetap melaksanakan solat, maka dia telah melakukan d0sa besar tetapi tidak sampai tahap seperti d0sa orang yang murt4d. Maka ini adalah pandangan muktamad ulama’ Syafie. Jika disedari bahawa ketika menunaikan solat, diri berada di dalam keadaan berh4das atau terlupa untuk berwudhu’, maka perlu diberhentikan solat tersebut dengan serta-merta.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Ohmedia

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terlupa Berwudhu’ Ketika Menunaikan Solat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*