“Terkejut rombongan suami dari Felda” – Disangka event bajet, pengantin dedah untung resepsi ala hi-tea

BUKAN sahaja jimat dan simple, malahan tetap nampak grand.

Itulah gambaran majlis pernikahan Izzati Nadzirah Jasmi dan pasangannya, Faizal Mamat yang memilih konsep hi-tea untuk hari bahagia mereka.

Menurut Izzati Nadzirah, dia membelanjakan kurang RM3,000 untuk jamuan majlis pernikahannya yang berlangsung di sebuah rumah rehat di Bentong, Pahang baru-baru ini.

“Saya buat majlis tertutup dan tetamu jemputan dalam 200 orang sahaja. Jadi total cost untuk majlis ni sekitar RM2,100.

“Kos semuanya RM2,000 untuk makanan dan dewan manakala RM100 lagi untuk sewa PA system. Memang murah, simple dan yang penting jimat,” katanya kepada mStar.

 

Keluarga bersama raja sehari.

Wanita berusia 28 tahun itu berkata dia memilih konsep tersebut kerana mahukan kelainan dan lebih banyak waktu bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

“Selalunya konsep ni ramai orang buat di KL, memandangkan saya dan suami tinggal di luar bandar, jadi rest house dijadikan lokasi pilihan untuk merealisasikan konsep perkahwinan impian saya.

“Ada juga orang cakap event bajet tapi kita sebenarnya lebih rapat dengan tetamu yang hadir. Kita boleh borak-borak dan kenal lebih rapat setiap tetamu yang hadir,” katanya.

Walaupun pada mulanya keluarga kurang bersetuju dengan konsep itu, Izzati Nadzirah atau lebih mesra disapa Nad berkata mereka lebih terbuka selepas mendapat gambaran lebih jelas mengenainya.

“Mula-mula pelbagai persoalan timbul. Kenapa nak buat hi-tea… kenapa tak buat sekali harung je. Tapi bila cerita dekat family pasal tentatif program barulah mereka boleh terima.

Lokasi majlis penikahan Nad yang diadakan di sebuah rumah rehat di Bentong, Pahang.

“Waktu nikah tu saya buat 50 kerusi menghadap meja nikah. Balance 150 tetamu lagi duduk di kerusi meja makan. Semua dapat duduk sepanjang majlis,” katanya.

Menariknya Nad yang juga seorang jurugambar mendedahkan keluarga sebelah suaminya yang berasal dari Felda Mempaga, Kar4k, Pahang turut menyukai konsep tersebut.

“Suami saya orang Felda. Saya send1ri terkejut apabila rombongan belah family dia lebih suka konsep macam tu. Mereka ingat dekat KL je boleh buat rupanya dekat Bentong pun boleh sebenarnya.

 

Ada juga orang cakap event bajet tapi kita sebenarnya lebih rapat dengan tetamu yang hadir. Kita boleh borak-borak dan kenal lebih rapat setiap tetamu yang hadir.

IZZATI NADZIRAH JASMI.

Jurugambar.

“Alhamdulillah sebab mereka boleh terima. Mereka pun seronok sebab dapat makan cup cake. Bila hi-tea menu lebih kepada hidangan ringan seperti desert, bihun atau soto. Jadi lebih banyak makanan tapi costing murah,” katanya.

Pada masa sama, Nad turut menjelaskan bahawa dia turut mengadakan majlis resepsi di kediamannya di Bentong, Pahang.

Nad mahukan majlis berkonsepkan hi-tea kerana boleh mengenali semua tetamu secara lebih dekat.

“Sebenarnya ramai salah faham… mereka fikir saya buat nikah saja. Saya buat juga majlis resepsi di kediaman keluarga saya di Bentong, Pahang.

“Saya buat tengah hari sanding. Bajet saya untuk kenduri tak mahal sebab orang taman saya rewang. Saya hanya belanja RM2,500 untuk lauk kenduri.

“Total keseluruhan majlis hampir RM10,000. Sebenarnya boleh dapat kos lagi murah tapi saya banyak spend dekat wedding photography, pelamin dan baju nikah,” katanya.

Kisah majlis perkahwinan Nad tular selepas dia berkongsi idea konsep tersebut di Twitternya.

Perkongsian itu mendapat 4,000 ulang kicau dan lebih 5,000 tanda suka di platform media sosial itu.

Rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap perkongsian tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Terkejut rombongan suami dari Felda” – Disangka event bajet, pengantin dedah untung resepsi ala hi-tea"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*