Tajul Dah Bergelar Bapa! Pilih Nama Adriana Carissa

Penyanyi Tajul Ariff kini bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak sulung mereka malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari, 21, menerusi satu entri di Instagram miliknya hari ini.

“Yeay! Alhamdulillah anak daddy Adriana Carissa selamat dilahirkan pada 16 November malam tadi jam 11.56 malam.

“Kita belanja gambar dia sedikit, Nanti dah besar baru boleh tunjuk muka dia okay,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu itu menerima banyak ucapan tahniah termasuklah dalam kalangan rakan artis.

Tajul mend1rikan rumah tangga pada 23 Disember 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gmbar zaman bila ni? Kurusnya pipi you time ni🤪😂💏 @icaaeddie hahaha! #salammagrib #tajul #shamieza #ibu

A post shared by 🎤🎵🎶 Official account . Tajul (@tajulofficial) on

Bagaimanapun, hal itu dirahsiakan selama hampir dua tahun sebelum membuat pengakuan kepada umum mengenai status d1rinya pada bulan lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : GEMPAK

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tajul Dah Bergelar Bapa! Pilih Nama Adriana Carissa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*