Sudah Mencecah Usia 5 Bulan, Anak Kedua Izreen Azminda Sudah Tumbuh Gigi. Comel!

Pelakon jelita, Izreen Azminda semakin gemar berkongsi perkembangan terkini anak keduanya, Aaaron Ibrahim yang telah selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu.

Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon berusia 34 tahun itu telah berkongsi foto terkini anak keduanya itu.

Bintang kelahiran Kangar, Perlis ini turut memaklumkan anak keduanya itu kini sudah mencecah usia 5 bulan dan sudah tumbuh gigi.

“Awak baru nk masok 5 bulan.. Dah dua batang gigi dah adik.. #aaronibrahim,” tvlisnya.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mend1rikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Instagram Izreen Azminda via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sudah Mencecah Usia 5 Bulan, Anak Kedua Izreen Azminda Sudah Tumbuh Gigi. Comel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*