Sharifah Sakinah sindiir Ahmad Idham, sanggup baring depan Finas – “Siapa boleh lupa babak rom4nce CEO yang tidak bertapis di TV”

PELAKON Sharifah Sakinah menyuar4kan rasa tidak puas hati dengan cadangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mahukan kandungan drama di platform penstriman video, Netlix melalui proses tapisan kerajaan.

Menurut Sakinah, cadangan yang diutar4kan itu tidak adil dan berat sebelah kerana platform tersebut sudah menyediakan pilihan untuk ibu bapa menentukan kandungan yang boleh ditonton oleh anak-anak.

“Hari ini, CEO Finas mencadangkan kerajaan untuk menapis kandungan Netflix di mana saya tak bersetuju. Ya mungkin ada kandungan yang tak sesuai untuk kanak-kanak tapi kita boleh guna PIN keselamatan.

“Untuk ibu bapa yang risau dengan aplikasi ini, kamu boleh tetapkan kata laluan untuk elakkan anak-anak menonton atau lebih senang jangan langgan. Please, jangan kacau Netflix,” katanya.

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari ner4ka menyuar4kan pandangannya menerusi Instagram pada Ahad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Today, CEO Finas suggest the Government to filter Netfix content which I strongly disagree. Yes some content are not suitable for younger minds but you can use the security PIN feature whatt. For parents who are concerned with this paid internet app, you can set password to avoid kids viewing or simply just don’t subscribelahh. Please jangan kacau Netflix. If the government wants to ban or filter Netflix I’m gonna baring depan finas tu dengan kawan2 ramai2. Boleh singgah zoo negara sekali…. Cause it is unfair and inconsistent, what about app like Wechat or Youtube???? To the CEO of Finas, I really miss your old dramas like Cinderella that inspire me to become TV actress. Who can forget the romance scenes and all the pegang2, dancing2 that I watched when I was child on the unfiltered national TV.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sakinah berkongsi pandangan di Instagram.

Pada Sabtu lalu, Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix selepas menerima beberapa keluhan daripada ibu bapa. 

Dia turut menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan akta mengawal selia kandungan video yang disediakan oleh platform digital itu.

Bagaimanapun, kenyataan dan cadangannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna yang ternyata kurang senang dengan idea tersebut.

Ahmad Idham menjelaskan mengenai cadangannya itu di Twitter.

Menerusi Twitter, Ahmad Idham menjelaskan Finas tiada kuasa untuk menapis, namun dalam konteks kandungan digital, Finas sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya ia memberi impak positif pada masyar4kat dan negara.

Sementara itu, Sakinah berkata jika kerajaan meneruskan hasrat tersebut, dia dan pengguna lain tidak teragak-agak untuk menyuar4kan bantahan.

“Kalau kerajaan nak sekat atau tapis Netflix, saya akan baring depan Finas tu dengan kawan ramai-ramai, boleh singgah zoo negara sekali… Ini tidak adil dan tidak konsisten, macam mana aplikasi lain seperti Wechat dan Youtube?

“Untuk CEO Finas, saya sangat rindu drama lama awak seperti Cinderella yang memberi inspirasi untuk saya menjadi pelakon. Siapa boleh lupa babak romance dan pegang-pegang, menari-menari yang saya tengok semasa kecil yang tidak bertapis di televisyen,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sharifah Sakinah sindiir Ahmad Idham, sanggup baring depan Finas – “Siapa boleh lupa babak rom4nce CEO yang tidak bertapis di TV”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*