Sebab Punca Mimpi Didatangi Ibu Bapa Yang Telah Men1ngg4l Dunia

Pernah bermimpi tentang ayah atau ibu baik yang sudah Alm4rhum? Ingin tahu apa sebabnya?

Ikuti perkongsian Khailil Razak di facebook berikut ini.

Foto: kakakpintar.com

Mak mertua saya pernah tanya saya “Halil selama mak men1ngg4l berapa kali mimpi mak arwah mak?”. Saya jawab dengan nada sedih..” Ermm baru 2 kali mama. Seminggu selepas mak men1ngg4l dan masa Halil sibuk kerja sebelum kahwin. Kenapa mama?”

Mak mertua saya kata, “Maknanya Halil anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kvbur. Kalau Halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada Halil..”

Saya baru faham, ingat selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita. Rupanya bukan.. Ya Allah. Saya terus bergenang air mata teringat balik. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya men1ngg4l sebab rindu. Yela masa mak saya s4kit kat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun.

Masa tu saya masih mak saya suapkan makan. Manja sangat dengan arw4h mak. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat. Bisnes tengah maju. Duit belas ribu dapat untung masa tu tapi sed1h masa tu saya jarang bukak Quran, tak baca Quran. Saya lalai sangat masa tu.

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu. Ya Allah. Sebenarnya mak kita yang dah men1ngg4l dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak-anak yang soleh. Saya pernah dapat nasihat daripada Prof Dr. Razali Nawawi, Presiden ABIM yang pertama. Dia kata, “Kholil, niatkan puasa kita solat kita sedekah kita semua untuk mak ayah kita. Sebab mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat.”

Ya Allah, rindunya arwah mak. Rindu sangat-sangat. Adik buat dakwah. Adik ceramah pada pelajar-pelajar untuk jadi baik. Adik baca Quran. Adik buat sedekah Infaq semua adik nak niatkan untuk mak dan ayah. Mak, maafkan adik tak sempat khidmat mak sepenuh hati adik. Mak, maafkan adik. Mungkin adik pernah buat mak kecil hati dan nangis sebab adik. Mak suka dengar adik baca Quran masa adik kecik. Nanti dalam syurga adik bacakan Quran untuk mak depan mak ya. Huhuk rindu mak sangat. 🙁

Ya Allah, tenangkan mak ayah kami di alam barz4kh. Letakan mereka di kalangan orang-orang beriman. Janganlah kau 4zab mak ayah kami. Amin.

Motivator Ummat,

Ustaz Khailil Razak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: facebook/Khailil Razak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sebab Punca Mimpi Didatangi Ibu Bapa Yang Telah Men1ngg4l Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*