Kucing tu nampak apa kat rumah kosong… tiap hari lepak situ, sampai satu keluarga kena pujuk – “Oren manja, mar4h sebab suruh balik”

APABILA seekor kucing sering bertandang ke sebuah rumah yang tidak berpenghuni, pasti ada akan memikirkan hal yang bukan-bukan, sampai boleh meremang bulu roma!

Namun, lain pula yang berlaku apabila sebuah sekeluarga puas memujuk seekor kucing perlih4raan mereka yang enggan berganjak daripada rumah kosong itu

“Sebenarnya ada sesuatu yang buat dia tertarik di rumah tu, tapi kita tak nampak,” menurut satu komen warganet merujuk kepada sebuah video yang tular di media sosial.

Oren, kucing jantan yang manja. Foto instagram @dyradyre / @orenofficialfc

“Sekali baca komen ni… Oh my God, apa dia nampak? Terus seram,” balas warganet lain.

Bagaimanapun, rata-rata komen menyifatkan video tersebut melucukan kerana sifat manja kucing tersebut yang sedia mendengar pujukan pemiliknya.

Individu yang memuat naik video berkenaan, Dira Sarun berkata, video itu dirakam di hadapan rumah jirannya di Bangi, Selangor pada Sabtu lalu.

Antara komen warganet di bebenang kepada perkongsian Dira.

Gadis berusia 23 tahun itu berkata, kucing jantannya bernama Oren sering ke rumah berkenaan apabila dilepaskan pada waktu siang.

“Oren selalu lepak kat rumah sebelah dan tak nak balik. Puas kena pujuk baru dia nak balik, tapi bagusnya Oren ni mendengar kata. 

“Ada satu hari tu, saya beri dia keluar dan suruh dia balik petang, dan petang tu memang dia balik rumah,” katanya kepada mStar.

Dira berkata, jiran sebelah rumahnya telah lama berpindah kerana beli rumah lain, dan sejak itu rumah tersebut tiada penghuni selama kira-kira setahun.

Dira (kanan) bersama kucing belaannya, Oren. Foto instagram @dyradyre / @orenofficialf

Bagaimanapun, anak ketiga daripada empat beradik itu tidak menganggap adanya unsur mistik berikutan gelagat kucing yang dibelanya sejak dua tahun lalu itu kerap ke rumah berkenaan.

“Tak ada fikir perkara (mistik) tu pun. Oren sebenarnya suka makan lalang dekat rumah tu. Selain itu, Oren juga suka bergolek atas rumput di situ.

Tak ada fikir perkara (mistik) tu pun. Oren sebenarnya suka makan lalang dekat rumah tu. Selain itu, Oren juga suka bergolek atas rumput di situ

DIRA

“Dia sebenarnya suka tapi jarang boleh keluar. Dia mar4h kami suruh balik sebab dia tak nak balik lagi. Dia faham saja orang cakap apa, dia memang suka bercakap.

“Jadi, bila kita mar4h dia, sama ada dia balas balik atau dia buat tak tahu. Kalau dia betul-betul mar4h, dia akan gigit lepas tu dia buat tak tahu saja,” kata pelajar jurusan pergigian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

Oren juga mendengar kata pemiliknya. Foto instagram @dyradyre / @orenofficialfc

Menurut Dira yang turut membantu keluarga mengusahakan perniagaan produk untuk haiwan perlih4raan, setakat ini kucingnya itu belum pernah tidak balik rumah semalaman sebab mereka akan bawanya masuk ke rumah sebelum malam.

“Tapi kalau dia kat luar rumah, memang ikut mood dia. Dia memang dengar cakap dan sangat manja hinggakan masa tidur saya peluk dia, kalau dia terbangun bila saya tarik tangan, dia letak tangan kat saya pula.

“Lepas tu bila dia tengah nyenyak tidur, saya keluar bilik sekejap tinggalkan dia dan kalau dia sedar nanti dia akan jerit dari bilik, mar4h saya sebab tinggalkan dia,” katanya secara berselor0h.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Amboi merajuk tak nak balik rumah, habis satu famili pujuk dia balik. Jom baca kisah di sebaliknya di highlight dan ig story. #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video @orenofficialfc

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kucing tu nampak apa kat rumah kosong… tiap hari lepak situ, sampai satu keluarga kena pujuk – “Oren manja, mar4h sebab suruh balik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*