Dah Kenapa PU Rizz Cembvru Dengan Hafidz Roshdi?

Pencetus Ummah(PU) Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail yang  kini turut bergelar pelakon telah meluahkan  rasa cembvrunya terhadap pelakon  Hafidz Roshdi melalui satu posting di laman Instagramnya.

Posting tersebut ditujukan khas kepada Hafidz Roshdi bersempena hari kelahiran pelakon tersebut sekaligus mendedahkan keperibadiaan dan semangat Hafidz Roshdi dalam mendalami ilmu agama. 

Menurut PU Rizz yang pernah bekerjasama dengan Hafidz dalam drama Kelip-kelip  di kota London, dia amat mengagumi  sikap pelakon itu yang amat menjaga solat fardhu lima waktu sehari malah  tidak pernah men1ngg4lkan solat sunat  Dhuha sebanyak 12 rakaat sekiranya berkelapangan. Mungkin ini juga menjadi kunci rezeki pelakon ini. 

“Subhanallah, kagum dan hebat. Serious aku cembvru,” ujar PU Rizz lagi.

Tambahnya lagi, Hafidz turut memasang penggera  di telefon pintarnnya bagi mengingatkan dia untuk bangun mend1rikan solat Subuh.

“Bangun solat jauhi mungk4r akan tertera pada alarm Hafidz. Memang bangun subuhlah cerita dia,” katanya.

Mujurlah pendedahan ini dibuat oleh individu  lain dan bukan tuan empunya badan send1ri. Jika tidak,nescaya pelakon tersebut akan terus dilabel r1ak dan menunjuk-nunjuk di laman sosial oleh netizen.

Selain itu, Hafidz Roshdi turut membintangi filem Pusaka yang kini sedang ditayangkan di  pawagam dan khabarnya kini filem itu telah berjaya meraih kutipan melebihi  RM7.2 juta setelah 11 hari tayangan.

Sekali-sekala,  sejuk hati mendengar kisah-kisah positif seperti ini dikongsikan di media sosial. Manakan tidak, hari-hari kita sering disajikan berita yang negatif dalam kalangan artis. Semoga Hafidz kekal istiqomah dan h4rap kisah ini dapat dijadikan teladan kepada kita semua. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Cari


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dah Kenapa PU Rizz Cembvru Dengan Hafidz Roshdi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*