Pelajari Cara Sujud Yang Betul Dan Solatlah Dengan Khusyuk

Pernah aku mendengar seseorang bercakap mengenai bekas hitam didahi, ada yang mengatakan tanda tersebut menunjukkan seseorang itu soleh dan tidak pernah meninggqalkan solat,ianya adalah bekas sujud. Kemungkinan ada benarnya juga kan.

Tetapi ada seorang ustaz pernah bagitahu yang sebenarnya sujud yang sempurna ialah sujud yang tidak men1ngg4lkan apa-apa tanda, jika sujud dengan betul ia tidak akan meniggalkan kesan hitam tersebut.

Hitam di dahi bekas sujud sebaiknya dihindari dengan tatacara dan posisi sujud yang betul. Bukan sahaja kita lebih khusyuk, malah nur cahaya diwajah nampak berseri, Solat itu send1ri memberikan cahaya kepada orang yang sentiasa mengerjakan solat, bukan men1ngg4lkan parut hitam yang merosakkan kulit muka. Perkara ini perlu dibincangkan bagi mengelak salah faham dan baiki cara sujud yang betul.

Allah berfirman dengan mafhumnya: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang k4f1r, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka daripada bekas sujud” (QS al Fath:29).

Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang menjangka bahawa dahi yang hitam karena sujud itulah yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka daripada bekas sujud’. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

Tanda hitam bekas sujud

D1riwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan daripada Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik. D1riwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat daripada Mujahid bahawa yang dimaksudkan dengan tanda itu adalah kekhusyukan. Juga d1riwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan daripada Qatadah, beliau berkata, “C1ri mereka adalah salat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

Daripada Salim Abu Nadhr, ada seseorang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhanmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bersahabat dengan Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Usman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698).

Tanda hitam

Daripada Ibnu Umar, beliau melihat ada seseorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau bvrukkan penampilanmu!” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).

Daripada Abi Aun, Abu Darda’ melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat ‘kapal’ semisal ‘kapal’ yang ada pada seek0r kambing. Beliau lantas berkata, ‘Seandainya bekas itu tidak ada pada d1rimu tentu lebih baik” (Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700).

Daripada Humaid bin Abdirrahman, aku berada berhampiran as S4ib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as S4ib berkata, “Sungguh dia telah merosakkan wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah salat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

Daripada Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud firman Allah, ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka daripada bekas sujud’ apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah? Jawaban beliau, “Bukan, bahkan ada orang yang ‘kapal’ yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan ‘kapal’ yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang liar (bejat). Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyukan” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

Bahkan Ahmad Ash-showi menyatakan, “Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang ria’ , iaitu tanda hitam yang ada pada dahi karena hal itu adalah c1ri khas khawarij (baca: ahli bid’ah)” (Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al Fikr).

Daripada al Azroq bin Qois, Syarik bin Syihab berkata, “Aku berh4rap jika bertemu dengan salah seorang sahabat Muhammad yang boleh menceritakan hadis tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para sahabat. Aku berkata kepadanya,

“Ceritakanlah kepadaku hadis yang kau dengar daripada Rasulullah tentang Khawarij!”. Beliau berkata, “Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadis yang didengar send1ri oleh kedua telingaku dan dilihat oleh kedua mataku. Sejumlah wang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu beliau mengagihnya. Ada seorang yang botak kepalanya dan ada hitam bekas sujud di antara kedua matanya. Dia mengenakan dua lembar kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan h4rapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun itu tidak berlaku.

Dia lantas berkata, “Hai Muhammad, hari ini engkau tidak membahagikan harta dengan adil”. Mendengar ucapannya, Nabi m4rah besar. Baginda bersabda, “Demi Allah, setelah aku men1ngg4l dunia kalian tidak akan menemukan orang yang lebih adil dibandingkan d1riku”. Demikian baginda ulangi sebanyak tiga kali.

Kemudian baginda bersabda, “Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah bagian daripada mereka. Mereka membaca al Qur’an namun al Qur’an tidaklah melepasi tenggorok mereka. Mereka lari daripada agama sebagaimana anak pan4h terlepas daripada bin4t4ng sasarannya setelah menembusinya kemudian mereka tidak akan kembali kepada agama. C1ri khas mereka adalah botak kepala. Mereka akan selalu muncul” (HR Ahmad no 19798, dinilai sahih li gharihi oleh Syeikh Syu’4ib al Arnauth).

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Tambahcheese.com

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pelajari Cara Sujud Yang Betul Dan Solatlah Dengan Khusyuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*