Rupa Tolak Tepi, ‘Minah Salleh’ Pilih Lelaki Indonesia Jadi Suami

Zaman sekarang ni, ramai individu nak cari pasangan hidup yang paras rupa kelihatan sama ‘level’ dengan mereka. Tu belum lagi ambil kira pasal tahap kewangan, pendidikan dan sebagainya.

Namun lain pula terjadi kepada pasangan ini yang menerima masing-masing seadaanya walaupun sukar untuk mempercayai mereka sudah berkahwin pada Isnin lalu.

Marselinus Menasa Boro yang berasal dari Nusa Tenggara Timur  berjaya membuka pintu hati wanita warga Perancis, Marie Lecornu.

Walaupun jar4k antara Indonesia dan Perancis dipisahkan belasan ribu batu, tetapi ia tidak menghalang mereka untuk disatukan dalam majlis pernikahan di sebuah gerej4.

Menurut salah seorang kenalan Marselinus, dia terkejut apabila lelaki berusia 28 tahun berkenaan hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk memperisterikan wanita berusia 22 tahun itu.

Difahamkan, Marie bekerja di Singapura malah suaminya juga sering ke negara tersebut yang mungkin menjadi titik permulaan mereka bagi menjalinkan hubungan.

Kisah pasangan tersebut menjadi perhatian di laman media sosial dimana ramai mengakui bahawa sekiranya sudah jodoh, tidak akan kemana.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Batam News

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Rupa Tolak Tepi, ‘Minah Salleh’ Pilih Lelaki Indonesia Jadi Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*