Syukur Andai Dikurnia Zuriat Lagi, Mawar Rashid & Suami Percaya Pada Rezeki

Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak menolak andai dikurniakan rezeki cahaya mata lagi.

Anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael kini sudah pun mencecah usia lebih tujuh bulan.

Kata Mawar, dia bersyukur andai diberikan rezeki zuriat awal meski d1rinya mengakui mahu beri fokus terhadap anak dan kerjaya untuk tempoh dua tahun sebelum memikirkan soal menambah ahli keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bawa @radenrafaelraf g buat vaccines 💗 Jangan tak buat ye mommies daddies. @rafyaakob @raf.nakbantu @mawar.nakbantu

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

“Saya masih muda. Jadi saya okay sahaja kalau dikurniakan rezeki anak lagi.

“Akan tetapi buat masa sekarang saya dan suami perlu fokus pada Rafael yang kini sedang membesar terlebih dulu.

“Pada masa sama, saya baru sahaja kembali ke set penggambaran setelah lebih setahun berehat,” katanya.

Bekas finalis Dewi Remaja 2014/15 ini baru sahaja muncul menerusi tele-movie seram, Penaklukan sy4it4n siaran Astro Citra Exclusive, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya gembira. Kalau Allah dah bagi, kami syukur, terima sahaja,” terang Mawar lagi sambil dipersetujui suami, Raff Yaakob yang setia menemani isteri di sisi.

“Abang dengan kakak dia minta ‘babygirl’,” cel4h Raff lagi secara berselor0h.

Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan ini mengakui menyimpan impian memiliki dua lagi permata hati bersama (hasil perkahwinan terdahulu, Raff dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela).

“Saya hadir hadir dari keluarga keluarga yang besar. Jadi saya sangat gembira kalau dikelilingi adik-beradik yang rapat hubungannya.

“Kami saling menyokong dan bersyukur kerana ada keluarga yang sedemikian dan saua turut kongsikan ia bersama suami… Gembira kalau ramai anak, asalkan saya dan Raff mampu untuk jaga dan beri fokus,” jelas Mawar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 month old 2 months old 6 months old I love you so much Puteraku ❤️💛❤️ #6monthsold #MawaRaden #MyLilRaden #MawarJunior #MyTwinnie #HappyBaby #HappyMommy #AnakSholeh #AnakYangBaik #AnakYangBijak @radenrafaelraf

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar dan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Raff yang turut terlibat dalam dunia seni cukup sinonim dengan sukan bola sepak selain merupakan presiden kepada MyManUtd Malaysia Fan Club.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raden kecik & Raden besar ku. Tak boleh bayangkan macam mana kalau hidup Mawar tanpa you all. Sebelum ada anak Macam tak terfikir pun benda2 camni, sekali bila dah ada anak ni, automatically mematangkan mindaku 😆 Bila jadi Mak ni, Mawar perasan diri Mawar jadi lebih menghargai setiap benda dalam kehidupan Mawar, seperti manusia sekeliling Mawar, bersyukur ada hubby, ada anak, ada mommy, ada MIL, ada Adik beradik yang Ku terlampau sayang. Mawar jadi lebih menghargai masa Mawar, lebih menghargai rezeki yang Mawar dapat, menghargai semua benda lah. And that’s the power of being a MOTHER. I LOVE YOU ALL MOMMIES OUT THERE. MUAH2 💋 • #5monthsoldbaby #MawaRadens baju Rafael from @mothercaremalaysia ok.

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Instagram Mawar Rashid via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Syukur Andai Dikurnia Zuriat Lagi, Mawar Rashid & Suami Percaya Pada Rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*