Bergelar ibu pada usia 24 tahun, pelakon Mawar Rashid merasakan itu adalah satu anugerah terindah dalam hidupnya.
Malah, pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah.
“7 months in VS 7 months out. Alhamdulillah jujur nak cakap ni, Bersyukur sangat dengan apa yang Allah S.W.T aturkan dalam hidup Mawar.
“Walaupun Mawar rasa cam umur 22 kahwin and umur 24 ada anak tu macam awal, yelah, Mawar rasa umur camtu cam muda sangat nak pikul tanggungjawab,” tvlisnya.
Sekali gus, menjadikan Mawar lebih matang dalam menguruskan kehidupan d1ri send1ri dan keluarga.
“Tapi sebenarnya perkahwinan and jadi seorang ibu banyak ajar Mawar dalam kehidupan sementara di dunia ni.
“Ape yang Mawar nak hightlight kat sini, Mawar happy, makin lama dalam perkhawinan, lepas Ada anak ni, Mawar ngan suami pun jadi lebih mengenal hati masing2.
“Lain sangat dari dulu. Semoga Allah sentiasa lindungi Dan berkati rumah tangga kita. Amin,” akh1rinya.
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 100,000 tanda suka di kalangan pengguna Instagram.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini mencecah usia 8 bulan.
View this post on InstagramDinner with my beloved familia at @mykyochon ❤️ Rafael’s OOTD dari @mothercaremalaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber :Instagram Mawar Rashid via KLPRESS
Be the first to comment on "Kahwin 22, Dapat Anak 24, “Lebih Matang Urus Kehidupan Diri Dan Keluarga,”Mawar Rashid"