“Ini Wajah Diana’ – Isteri Baru Sultan Atau Mantan Madu Rihana Petra?

Belum reda isu tuntutan mantan isterinya, Rihana Oksana Petra terhadap bayi yang dizakwa zuriatnya, kini satu lagi gosip melanda Sultan Kelantan. Kali ini, tersebar gambar mesranya dengan seorang wanita bernama Diana yang dikhabarkan isteri barunya. 

Bagaimanapun, ada juga spekulasi yang menyatakan wanita itu sebenarnya isteri terdahulu Baginda sebelum berkahwin dengan Rihana.

Kredit foto: Facebook

Umum mengetahui status Baginda yang sudah berkahwin apabila satu jadual perbelanjaan Yang Dipertuan Agong pada tahun 2018 menyatakan sejumlah wang dibelanjakan untuk sewa sebuah bungalow di Bukit Tunku untuk isteri Baginda berbangsa Ukraine / Czech.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada makluman mengenai identiti wanita tersebut.

Kredit foto: Kadir Jasin

Perkahwinan dengan wanita tersebut disahkan lagi oleh kenyataan Rihana bahawa sebelum beliau, Sultan Muhammad V pernah berkahwin dengan wanita Czech, bagaimanapun ikatan perkahwinan itu terputus kerana status wanita Czech tersebut rupanya bukan janda kerana belum bercer4i dengan suami terdahulu secara rasmi.

 

Kredit foto: IG Rihana

Seusai percer4ian dengan Rihana, banyak desas-desus menyatakan Sultan kini sudah mempunyai pilihan baru, malahan sudah bersedia untuk berkahwin dan melahirkan pewaris takhta kseultanan Kelantan.

Kini tersebarnya dua keping gambar beliau dengan seorang wanita barat menimbulkan persoalan. Adakah wanita ini isteri baru beliau?

Kredit foto: FB

Atau adakah ini mantan madu Rihana? Ini kerana ada yang membuat spekulasi bahawa Baginda sebenarnya tidak pernah pun mengesahkan percer4ian dengan wanita Czech tersebut. 

Seorang netizen mendakwa pernah melihat gambar lama wanita Czech itu mendakwa ada persamaan dengan wajah wanita tersebut, tetapi bentuk badannya kini dikatakan lebih ramping berbanding dahulu

 

Kredit foto: FB

 

Kredit foto: FB

Persoalannya, adakah ini wajah Diana yang digosipkan isteri baru Baginda? Atau adakah ini gambar lama? Mungkinkah ini wanita yang lain? 

Memandangkan pihak Istana sentiasa menjaga rahsia, nampaknya hanya masa yang akan merungkai segala persoalan ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : CARI


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ini Wajah Diana’ – Isteri Baru Sultan Atau Mantan Madu Rihana Petra?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*