Selepas 22 Hari, Ika Nabella Kongsi Wajah & Nama Anak… Nama Secomel Tuannya!

Selepas 22 hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Ika Nabella akhirnya mengumumkan nama penuh dan wajah anaknya itu. Sepakat memilih nama Muhammad Noah Zayn, mereka turut mengadakan tahnik yang disempurnakan pencerama bebas, Al Habib Ali Zaenal Abidin dan beberapa ustaz lain.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan pada hari ketujuh selepas Noah dilahirkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah rezeki anak soleh, Muhammad Noah Zayn Bin Muhammad Zaid @muhammadnoahzayn ditahnik Al Habib Ali Zaenal Abidin, Ustaz Haji Muadzeen, para ustaz, Aki & Atok pada hari ke-7 kelahiran.. semoga anak Mommy & Ayah @zaidbowie membesar sihat & sempurna menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh.. Aih mata masuk habuk 🥺 besarnya amanah Allah yg satu ini..

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

Selain itu, Ika turut mencipta sebuah akaun Instagram untuk anaknya dengan menggunakan nama, @Muhammad Noah Zayn.

Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang dilahirkan pada 23 Oktober lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MH

Foto : Instagram Ika Nabella

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selepas 22 Hari, Ika Nabella Kongsi Wajah & Nama Anak… Nama Secomel Tuannya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*