Ramai tertanya-tanya mengenai hubungan Risteena Munim dengan Ikhwan Khairuddin yang sepatutnya berkahwin pada bulan ini. Pelbagai spekulasi timbul, malah ada yang menvduh Risteena cur4ng.
Rupa-rupanya, hubungan Risteena dan Ikhwan sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu. Berdepan pelbagai ujian, pelakon Nur Risteena Munim, 30, mengakui sudah berjuang berhabis-habisan untuk terus mempertahankan cintanya.
“Tiada siapa perlu disalahkan apabila hubungan kami berakhir dengan perpisahan. Kami tidak ditakdirkan bertemu jodoh.
“Bukan saya tidak berusaha mempertahankannya, malah Ikhwan tahu bagaimana saya berjuang menjaga perhubungan kami.
“Bagaimanapun, apabila sudah puas berju4ng, hubungan itu hanya tinggal sisa dan bagaikan tiada kesudahan. Rasanya, cukuplah setakat itu,” ujarnya memetik laporan Berita Harian.
Risteena sekarang dikatakan sedang hangat bercinta dengan jejaka misteri dan sedang melalui fasa bahagia sekarang.
Walaupun Risteena memilih untuk tidak mendedahkan wajah kekasih barunya hingga mencetuskan tanda tanya, ramai juga yang seakan-akan sudah mengetahui siapakah jejaka misteri yang bertakhta di hati Risteena iaitu aktor Isa Khan.
Namun, sehingga kini, walaupun digosipkan bakal berkahwin, Risteena dan Isa belum sedia membuka mulut mengenainya.
Terdahulu, Isa dan Risteena yang juga seorang pelakon mendapat perhatian ramai selepas kakak kepada Ruhainies itu berkongsi foto dan video seorang lelaki berserta emoji cinta.
Malah, Risteena juga pernah memuat naik foto bersama Isa dan kakak aktor itu, Farali Khan, berserta kapsyen gambar ‘keluarga’. –
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber : CARI
Be the first to comment on "“Bukan Cur4ng, Dah Tak Ada Jodoh” – Hubungan Risteena Dengan Kekasih Dah Berakhir"