Siapa akan nyanyi lagu ‘Anta Permana’ di SFMM34? – “Hael Husaini belum pilih lagi pengganti ?”

SIAPA gerangan artis yang bakal mempersembahkan lagu Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza pada peringkat Semi Final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) masih menjadi tanda tanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah dan terima kasih TV3 dan adik-adik saya @haelhusaini & @ezrakong 👍 . #Repost @rozisangdewi with @make_repost ・・・ Alhamdulillah, tahniah kepada @haelhusaini dan @ezrakong kerana lagu Anta Permana nyanyian @ctdk terpilih ke separuh akhir Muzik-Muzik ke-34. Lagu ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri di dalam kerjaya @ctdk dan kami percaya dengan bakat yang dimiliki oleh kedua-dua pencipta muda ini. . Ramai yang bertanya, siapakah yang bakal menggantikan @ctdk untuk menyanyikan lagu ini? Muzik-Muzik itu asas penilaiannya adalah penciptaan lagu dan lirik, penyanyi diberi tanggungjawab untuk menyampaikannya sebaik mungkin. Sesebuah karya itu akan berbicara sendiri, ibarat dilambung ke langit menjadi bintang, dicampak ke laut menjadi pulau. . Anta Permana sebagai sebuah karya juga diharapkan begitu, tidak kisah siapa pun yang bakal mempersembahkannya nanti. . Terima kasih kepada TV3, kepada pencipta dan penulis lirik, juga pendengar, peminat yang mendukung Anta Permana sejak mula dilancarkan sehinggalah ke hari ini. . #antapermana

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Penerbit Eksekutif Muzik-Muzik 34, Nurul Huda Khalid berkata, pihak produksi menyerahkan kepada syarikat label dan komposer lagu itu send1ri bagi mencari penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu itu.

“Lagu Anta Permana memang tidak akan dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk peringkat separuh akhir dan akan digantikan oleh penyanyi lain. Buat masa ini kami tak dapat nak tentukan siapa yang akan menyanyikan lagu ini kerana pihak kami masih lagi mencari siapa yang sesuai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih semua yang menyokong produk saya @officialsimplysiti @creacionbysitinurhaliza @beausitiofficial tudung @galeriariani

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Pihak label muzik dan komposer lagu send1ri yang akan menentukan mengenai itu. Mungkin Siti dan Hael perlu berbincang untuk mencari siapakah yang layak untuk menggantinya.

Antara penyanyi yang layak ke SFMM34.

“Bagaimanapun pihak produksi tiada masalah sekiranya Siti berubah fikiran dan ingin menyanyikan lagu itu semasa final nanti,” katanya kepada mStar.

Nurul Huda ditemui pada sidang media SFMM34 di Theaterette, Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Nurul berkata, tahun ini bakal memperlihatkan persaingan sengit penyanyi-penyanyi tanah air apabila kebanyakkan lagu yang bertanding memiliki markah yang tinggi daripada juri.

“Memang daripada awal tahun pihak produksi risau dengan pemilihan lagu. Mana yang dirasa sesuai untuk ke pentas AJL.

“Tapi kalau dilihat balik lagu-lagu yang terpilih, semuanya popular di radio dan memiliki markah yang sangat tinggi dari juri,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You buat i Haus . #Hariinihhdn #haelers

A post shared by HARI INI(New Release) (@haelhusaini) on

Muzik-Muzik 34 dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Husni dan bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Berikut ini senarai lagu yang dipertandingkan pada peringkat separuh akhir.

15 November

1. Drama Band – Drama

2. Ernie Zakri – Ku Bersuara

3. Shila Amzah – Tiada D1rimu

4. Sufian Suhaimi – Mencuba

5. Khai Bahar – 123

6. Siti Nordiana & Khai Bahar – Satukan Rasa

7. Wany Hasrita – Terlalu Memuja

8. Siti Nordiana – Hatiku Milikmu

9. Ismail Izzani – Bidadari

10. Usop – Aku Yang Bersalah

11. Luqman Faiz – Kepuraanmu

22 November

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza – Anta Permana

2. Akim & The Majistret – Rampas

3. Adira – Pujaan Hati

4. Naim Daniel – Sump4h

5. Ara Johari – Paku

6. Hafiz Suip – Kisah Cinta Kita

7. Muna Shahirah – Teguh Setia

8. Faizal Tahir – Ragaman

9. Sarah Suha1ri – Pedih

10. Tomok – Bekas Kekasih

11. Haqiem Rusli – Lembah Kesepian

29 November

1. Kugiran Masdo – Dinda

2. Hazama The Penglipur Lara – Peneman

3. Marsha Milan – Bimbang

4. AmyleaxMegat – Tetap Kamu

5. Indah Ruhaila – Pudar

6. Aina Abdul – Sump4h

7. Aman Ra – Bangun

8. Datin Alyah – Jutaan Purnama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Siapa akan nyanyi lagu ‘Anta Permana’ di SFMM34? – “Hael Husaini belum pilih lagi pengganti ?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*