Pasangan Ini Hadiahkan Jambangan RM10K Buat Anak Mereka Yang Cemerlang Dalam UPSR

Minggu lalu, calon-calon UPSR sudah pun menerima keputusan masing-masing. Kepada yang cemerlang, tahniah dan buat yang tidak menepati sasaran mereka masih berpeluang membuktikannya dalam peperiksaan penting akan datang.

Dalam pelbagai suka dan dvka menyelusuri kejayaan anak-anak ini, ada satu kisah kejayaan yang menarik perhatian ramai. Seorang murid cemerlang dengan keputusan 5A dalam UPSR menerima hadiah RM10,000 tunai dari ibu dan bapanya.

Kisah murid cemerlang bernama Muhammad Danish Haziq Bin Ihsan Fahmi ini meraih perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pemilik perniagaan gubahan bunga, Una Rushana.

Sapa dapat Rm10k ni?Semua jawapan salah semalamūü§£. Jawapan sebenaqnya Pelajar Cemerlang 5A yang dapat duit cash Rm10‚Ķ

 

Difahamkan juga, jambangan duit yang digubah oleh Una Rushana itu ditempah oleh ibu dan bapa murid cemerlang tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, murid yang menetap di Alor Setar, Kedah ini adalah anak kepada pengusaha kafe, Nor Ashikin Ahmad Pauzai, 33 dan Ihsan Fahmi Ishak, 43.

Muhammad Danish Haziq bersama ibu dan bapanya

Muhammad Danish Haziq menerima keputusan UPSR 5A dan 1B dan hadiah jambangan wang itu diberikan ibubapanya sebagai hadiah kerana usaha anak ini belajar bersungguh-sungguh.

Menurut ibunya Nor Ashikin Ahmad Pauzai, sebelum ini Muhammad Danish meminta hadiah iPhone model terbaru namun dia dan suaminya risau anaknya itu l4lai jadi dia berjanji untuk berikan sejumlah wang ini.

Muhammad Danish Haziq bersama jambangan wang yang diterimanya

Tambahnya lagi, mereka bukanlah orang senang. Bagi mencukupkan jumlah hadiah itu mereka terpaksa bertungkus lumus berniaga dan menggunakan wang simpanan yang ada.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Una Rushana / Harian Metro via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pasangan Ini Hadiahkan Jambangan RM10K Buat Anak Mereka Yang Cemerlang Dalam UPSR"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*