Foto Terbaru Malique Too Phat Selepas Bertahun Menghilang

Sejak Selasa petang semalam, kecoh di media sosial apabila tersebarnya beberapa keping gambar yang mendakwa lelaki berkenaan sebagai Malique Too Phat.

Masing-masing teruja melihat perkembangan terkini idola kegilaan ramai itu.

Menurut pengguna Facebook Mohd Zubaidi, Malique atau digelar sebagai Mr Genaral itu berada di Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah.

Walaupun gambarnya dirakam dari jauh, namun warganet pasti dan amat mengenali wajah penyanyi rap berkenaan.

Kebanyakan peminat yang melihat foto terbaru itu meluahkan rasa rindu terhadap Malique memandangkan dia sudah lama hilang dari radar dunia hiburan.

Foto: FB

Sejak kumpulan Too Phat berpecah pada 2005, kehilangan Malique secara misteri telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Walaupun muncul dengan lagu-lagu baru, namun Malique langsung tidak pernah hadir dalam mana-mana majlis hiburan atau bersama media.

Foto: Google

Bila agaknya Malique nak buat comeback ya?

Pasti peminat satu Malaysia bersorak! Tak begitu?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Cari

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Foto Terbaru Malique Too Phat Selepas Bertahun Menghilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*