Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira meluahkan rasa terharu dan juga terkejvt apabila telah diberi anugerah The Primadona Achievement Awards di Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.
Atas jasa serta komitmen terbaiknya dalam lakonan, bintang berusia 45 tahun itu akhirnya diiktiraf dengan penghargaan yang julung kali seumpamanya.
“Saya pun terkejvt dengan pengiktirafan ini, apa pun saya percaya ini adalah untuk teruskan kita punya semangat seterusnya memberikan yang terbaik khasnya dalam lakonan.
“Pertama kali raih anugerah atas nama ‘primadona’,” katanya
Ditanya adakah status sebagai primadona adalah suatu yang berat untuk digalas, bintang yang unggul merangkul dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ini berkata gelaran itu merupakan lebih kepada satu amanah dan tanggungjawab.
“Saya rasa gelaran itu adalah satu amanah dan tanggungjawab. Bagi saya, ia sama sahaja. Pembawakan atau tangunggjawab itu tetap sama cuma pengiktirafan secara rasmi atau tidak sekalipun, saya tetap kena jaga apa yang patut.
“Kerja kuat itu tetap ada, serta sumbangan kita dari semasa ke semasa,” tambah Erra yang turut menyifatkan d1rinya beruntung kerana sentiasa punya peminat yang menyokong.
“Saya percaya selain dari usaha dan kerja keras.. doa memainkan peranan yg sangat penting. Berkat doa mak, keluarga, saudara mara, rakan taulan juga kesayangn hamba yg taknpernah pernah putus mendoakan dan memberi sokongan sepanjng saya dalam industri.. terima kasihhhh semuaaa.. Hanya Allah dapat membalas kebaikkn dan jasa kalian selama ini..” kata Erra
Selain Erra, beberapa selebriti lain seperti Datuk Ramli MS, Datuk Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, Shuib dan Zara Zya turut menerima anugerah lain menerusi kateg0ri berbeza.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber : MH
Be the first to comment on "“Saya Terkejvt dan Terharu….” – Erra Fazira Terima Anugerah Primadona Untuk Pertama Kalinya"