Berkain Batik Pelikat Tengok Wayang, Ardell Dan Nadzmi Dapat Perhatian Ramai

Sebelum ini, ramai yang kurang mengenali kedua mereka kerana tidak pernah muncul dalam sebarang drama sebagai teraju utama. Tetapi selepas berkahwin, rezeki mereka kian bertambah sehinggalah Nadzmi juga telah pun menjadi pelakon utama bagi filem ‘Anak Perjanjian sy4it4n’ yang kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Sejak berkahwin, pasangan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa semakin popular dalam kalangan netizen tempatan. Walaupun dahulu, mereka berkawan sahaja tetapi atas usaha gigih lelaki itu, akhirnya Ardell mahu menerimanya sebagai pasangan hidup.

Kini, apa sahaja yang dilakukan oleh mereka pasti akan mendapat perhatian netizen. Terbaru, Ardell dan Nadzmi telah memuat naik gambar mereka di sebuah pusat membeli-belah bagi menonton wayang di laman Instagram.

Walaupun berada di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal, Ardell dan Nadzmi tidak segan untuk hanya memakai kain pelikat. Bahkan mereka kelihatan gembira dengan penampilan ‘selamba’ itu. Walaubagaimanapun, penampilan pasangan itu telah menerima kritikan para netizen. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa kedua-duanya kelihatan selekeh dan tidak terurus.

Dibelakang seorang lelaki mesti ada perempuan yang hebat dan comey 🙈 Thankyou @ardellaryana teman saya and support saya 😘❤️ Harini ajak isteri sama sama selekeh dengan saya 🤣 Kitorang pakai kain pelikat je pergi buat suprise pada yang tengok Film #AnakPerjanjiansy4it4n harini 🤗 Sorry kami tak pandai nak dress up 🤣

Thankyou support #AnakPerjanjiansy4it4n ! Keep supporting us okay. Alhamdulillah banyak hall yang full house. Congrats team #AnakPerjanjiansy4it4n

Namun, posting tersebut mendapaat beberapa k0men dari netizen yang seolah menyeIar tindakan pasangan baru berkahwin ini sebagai ‘attention seeker’ dan buat publisiti mvrahan kerana memuat naik gambar seperti ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Beautifulnara, Forum BM CARI

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Berkain Batik Pelikat Tengok Wayang, Ardell Dan Nadzmi Dapat Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*