“Kalau letak Tokti pun sah-sah terkeluar” – Beng4ng Kool Salahkan Farawahida Punca Mereka Gagal GV Minggu Keempat?

Bagi mereka yang mengikuti rancangan Gegar Vaganza 2019 hujung minggu lepas, korang rasanya dah tahu yang kumpulan Kool ialah peserta yang tersingkir untuk minggu keempat.

Menurut satu portal hiburan, anggota kumpulan Kool, Ha1rie dan Riot katanya akur dengan keputusan juri tapi dalam masa yang sama kecewa sebab rasa lagu yang mereka nyanyikan tu kurang ‘power’ katanya. Pulak dah! 

Sumber: Astro GEMPAK

“Ini bukan lagu pilihan kami. Sepatutnya nyanyi dengan Ziana Zain atau Datuk Khatijah Ibrahim” 

Kata Kool lagi, mereka sepatutnya pada malam tersebut menyanyikan lagu lain dan pasangan duet juga sepatutnya Ziana Zain ataupun Datuk Khatijah Ibrahim.

“Ini bukan lagu pilihan kami. Sepatutnya kami menyanyikan lagu Senja Nan Merah tetapi penyanyi undangan Ziana Zain tidak dapat memberikan komitmen kerana ada urusan lain.

Sumber: Astro GEMPAK

“Manakala, pilihan kedua kami ialah lagu Ku Miliki Bayangmu berduet bersama ibu saudara saya send1ri Datuk Khadijah Ibrahim.

“Namun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan juga kerana beliau ada persembahan lain di Melaka pada waktu sama. Jadi, kami akur dengan keputusan yang diberikan,” katanya.

“Kalau letak Tokti ganti Farawahida sekalipun, sah-sah tetap akan terkeluar ya. Dengan vokal hauk, arrangement b0san….” 

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Kool ni telah membuatkan netizen anggap kumpulan duo tersebut semacam meletakkan kesalahan kepada Farawahida pulak sebagai penyanyi jemputan.

Menurut posting yang viral di Twitter, kumpulan Kool wajar tersingkir pada minggu lepas sebab kualiti persembahan mereka tak bagus dan tak ada kena mengena pun dengan lagu dan penyanyi jemputan. 

Sumber: Twitter

Apa-apapun dengarnya Kool bakal melancarkan single baru yang digubah semula dari lagu lama bertajuk Ingat bersama penyanyi rap wanita, Zizi Kirana.

Jadi kita wish all the best buat mereka. Mana tau ada rezeki lain kat luar sana kan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Lobak Merah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalau letak Tokti pun sah-sah terkeluar” – Beng4ng Kool Salahkan Farawahida Punca Mereka Gagal GV Minggu Keempat?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*