“Tahniah Beauty With Brain” – Bekerja & Belajar Dalam Satu Masa, Hawa Rizwana Bukti Mampu Dapat 4 Flat

Penyampai berita, Hawa Rizwana berkongsi khabar gembira apabila lulus cemerlang 4 flat dalam peringkat Sarjana untuk semester pertama.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Hawa melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya.

“Alhamdulillah terima kasih kepada pensyarah kesayangan, keluarga dan rakan-rakan #deansaward,” tvlisnya.

Rata-rata pengikut kagum dengan kejayaan yang diperoleh serta memberikan ucapan tahniah kepada Hawa.

Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji kejelitaan Hawa serta menggelarkannya ‘beauty with brain’.

Dalam pada itu, Hawa turut berkongsi beberapa keping foto ketika majlis penghargaan dekan yang diadakan pada hari Ahad lalu.

Hawa kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah thank you dearest lecturers, family and friends 😘🥰 #deansaward

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tahniah Beauty With Brain” – Bekerja & Belajar Dalam Satu Masa, Hawa Rizwana Bukti Mampu Dapat 4 Flat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*