Balasan Buat Orang Yang Memvtuskan Silaturahim

Allah S.W.T mengvtuk dan mel4knat bagi orang yang memvtuskan silaturrahim serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W maksudnya:

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidak akan masuk Syurga bagi yang memvtuskan silaturahim”. (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim)

Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik di antara sesama muslim.

Rasulullah S.A.W. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: “Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memvtuskan aku, maka Allah pun akan memvtuskannya.” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Tahukah kalian apakah sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun kebvrukan?

Nabi S.A.W bersabda maksudnya, “Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan kebvrukan ialah siks4an bagi orang yang berbuat j4hat dan yang memvtuskan tali persaudaraan” (HR. Ibnu Majah).

Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf sahaja. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturrahim.

Rasulullah S.A.W bersabda, “Yang disebut bersilaturrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah pvtus” (Hadis Riwayat Bukhari).

Rasulullah S.A.W pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, “Hendaklah kalian mengh4rapkan kemuliaan dari Allah”. Para sahabat pun bertanya, “Apakah yang dimaksud itu, ya Rasulullah?” Baginda kemudian bersabda lagi, “Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kalian, dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas m4rah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh” (HR. Hakim).

Dalam hadis lain dikisahkan pula, “Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?” tanya Rasulullah S.A.W kepada para sahabat. “Tentu saja,” jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu jauhilah permusvhan, pertengkaran dan hasad dengk1 sesama kita kerana semua amalan bvruk ini akan menyebabkan terputusnya hubungan silaturrahim yang sangat di benci oleh Allah S.W.T. Mereka yang menyambungkan silaturahim akan di muliakan Allah S.W.T dan sentiasa mendapat rahmat-Nya di dunia dan akh1r4t.

Wallahu ‘alam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Aliffchannel.com

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Balasan Buat Orang Yang Memvtuskan Silaturahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*