[VIDEO] Terjawab Persoalan Netizen, Alif Satar Kongsi Cara Solat Semasa Cabaran Ironman

Para peminat selebriti serba boleh Alif Satar pasti sedia maklum dengan penyertaan beliau dalam perlumbaan Ironman 2019 di Langkawi pada bulan lepas.

Alif berjaya menamatkan cabaran tersebut selama 15 jam iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari.

Catatan masa keseluruhan adalah 15 jam 5 minit dan 49 saat.

Namun begitu, aktiviti ini tidak menjadi penghalang kepada pengacara serba boleh itu untuk menunaikan ibadah wajib sebagai seorang beragama Islam.

Perkara berkenaan didedahkan Alif selepas terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada peserta sukan triatlon itu sempat menunaikan solat sepanjang acara berlangsung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kau beli la shower head berapa ribu pun harga dia.. cebok ni jugak terbaik😂🤣 so berapa ramai nak try masuk Ironman next year?

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Tidak melatah dengan soalan tersebut, Alif dengan tenang menjelaskan bahawa pihak penganjur amat peka dan menyediakan ruang solat buat peserta menunaikan ibadah itu.

“Ada ruang solat di transition 2 (bike to run). Bila ambil wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol… organiser Ironman sediakan ruang khas untuk atlet beragama Islam,” ujarnya.

Terbaru, menerusi laman Instagramnya hari ini, Alif telah memuat naik video cara beliau mengambil wudhuk dan menunaikan solat di checkpoint perlumbaan tersebut.

“surprise!:) didn’t want you guys to wait too long.. so here it is, the last episode. Just wanna say thank you to all of you for being part of my Ironman Malaysia 2019 journey.. I hope it has inspired you to go further than you can ever imagined.So go on guys.. where do we go from here? UP!”

Dengan hadirnya video ini, ia bukan sahaja menjawab persoalan netizen-netizen berkenaan solat yang diajukan kepada Alif, malahan menunjukkan bagaimana penganjur juga peka terhadap kewajipan bagi peserta beragama Islam.

Rata-rata netizen dan rakan artis men1ngg4lkan komen memuji Alif kerana menyebarkan kebaikan buat semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : YOYNetwork

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Terjawab Persoalan Netizen, Alif Satar Kongsi Cara Solat Semasa Cabaran Ironman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*