Ada Pihak Tak Senang Kejayaan Bisnes Fouziah Gous, Kilang Diserbuu Beberapa Kali Kerana Status Halal

PELAKON Datin Fouziah Gous mendedahkan kilang memproses sarang burung miliknya diserbv pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Oktober lalu berkaitan status halal.

Fouziah berkata, ia bukan kali pertama kilangnya diserbu sebaliknya sudah berulang kali berikutan terdapat individu yang tidak senang melihat kejayaan perniagaan produk minuman sarang burung yang diusahakannya sejak lima tahun lalu.

“Orang yang s4kit hati dengan perniagaan saya ni dia tak cakap depan kita. Tahu-tahu nanti ada yang datang ketuk pintu kilang, kena rvsh.

“Rupa-rupanya ada orang buat laporan. Dua hari lepas saya baru kena lagi,” ujarnya kepada mStar.

Kilang memproses sarang burung milik Fouziah sudah diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa.

Fouziah bagaimanapun enggan melatah dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada pengalamannya dalam perniagaan.

Menurut aktres drama Sara Sajeeda itu, dia bagaimanapun lega apabila dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mengemukakan setiap dokumen yang diminta pihak berkuasa.

“Tak mengapa, saya faham mereka hanya menjalankan tugas. Alhamdulillah, saya dapat kemukakan semua dokumen yang mereka minta. Cuma saya rasa kelakar kerana antara laporan yang dibuat adalah mengenai status halal produk itu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Penat ! Tapi tetap di akhiri dengan senyuman. Itulah nikmat dari Allah SWT.. InsyaAllah setiap usaha pasti ada nikmat yg terbaik dari Allah SWT . So proud to be apart of SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT 2019* #selangorsummit #asean #sibs2019 #selangorsummit2019 www.selangorsummit.com @selangorsummit Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) KL

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

Dalam pada itu, Fouziah mengakui dia tidak pernah mengimpikan untuk bergelar jutawan, sebaliknya berh4rap kejayaan yang dikecapinya terus berkekalan.

“Untuk menjadi jutawan itu adalah impian semua orang. Saya boleh katakan, apa yang diimpikan selama ini sebenarnya Allah dah berikan lebih daripada itu.  Sejujurnya saya bukan mahukan title jutawan itu sebaliknya doa agar ia terus kekal,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ada Pihak Tak Senang Kejayaan Bisnes Fouziah Gous, Kilang Diserbuu Beberapa Kali Kerana Status Halal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*