38 tahun di hospital

JOHOR BAHRU: Hospital Permai Johor Bahru (HPJB) di sini, meminta bantuan orang ramai mengesan waris tiga pes4kit lelaki warga emas yang menerima raw4tan di hospital itu 30 tahun lalu.

Pengarahnya, Dr Norazam Harun berkata, semua pes4kit itu ditinggalkan di Wad Carnation A HPJB.

Katanya, pes4kit paling lama, Ang Seng Huat, 64, dimasukkan ke wad hospital itu sejak 38 tahun lalu.

“Ang dimasukkan ke wad HPJB pada 19 Mac 1981 dan alamat terakhir di Kampung Jawa, Pulau Seberang Pontian.

“Waris diperlukan untuk menandatangani persetujuan meneruskan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, waris Chong Hock Kwang, 84, yang beralamat di Nombor 42, Jalan Pot0ng B4bi, Pontian juga dicari bagi menandatangani persetujuan meneruskan rawatan.

“Chong dimasukkan ke wad HPJB pada 25 September 1983 dan sudah berada dalam rawatan selama 36 tahun,” katanya.

Katanya, pes4kit ketiga, Lee Ah Su, 71, dengan alamat terakhir di Melaka.

Katanya, waris juga diperlukan bagi menandatangani persetujuan meneruskan rawatan selepas dimasukkan ke wad sejak 26 tahun lalu bermula 21 April 1993.

Katanya, pegawai hospital tidak mendapat maklumat kerana semua pes4kit tidak boleh berkomunikasi dengan sempurna.

Maklumat lanjut boleh disalurkan dengan menghubungi Penolong Pegawai Pembangunan Masyar4kat, Mohd Izuan Kamaruzaman di talian 07-2311000 sambungan 1938/1939.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : HM

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "38 tahun di hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*