“Jemput Semua Datang..” – Zul Huzaimy Bakal Adakan Kenduri Kesyukuran Sempena Kemenangan All Stars Buka Panggung

Pelakon dan pengarah Zul Huzaimy bakal mengadakan kenduri kesyukuran susulan kemenangannya sebagai juara musim pertama All Stars Buka Panggung (ASBP) semalam. Menurut Zul, niat itu dibuat bagi menghargai usaha peminat yang selama ini menyokong pembabitannya dalam karier lakonan serta program ASBP itu send1ri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah kepada para pemenang #AllStarsBukaPanggung 2019 #AllStarsBukaPanggung #KatakanTidakPadaSkrip #SeriDewiPanggung #ASBP #ASBP19 @aarondwiaziz @zulhuzaimy_m @khiriah17 @ritrud727

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

“Jika tanya apa yang saya nak buat dengan duit kemenangan ini, pertama saya memang ada cakap dulu saya nak hantar mak tunaikan haji.

“Namun selain itu, saya juga mahu buat kenduri kesyukuran. Saya nak jemput semua peminat termasuklah geng-geng motor yang sokong saya, makanlah sampai puas,” katanya. 

Menurutnya, biarpun tarikhnya dan lokasi sebenar masih belum diputuskan, namun ia berkemungkinan akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

“Saya kena lihat dulu jadual mana sesuai untuk saya. Kenduri itu tidaklah mewah mungkin saya sewa dewan biasa-biasa je, lepas tu mungkin nak tumbangkan seekor atau dua ekor lembu,” katanya.

Zul berkata demikian ketika majlis sidang media ASBP di Royal Theatre Shah Alam, semalam. Terdahulu, Zul dinobatkan sebagai juara musim pertama ASBP sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. N4ib juara pula milik Noorkh1riah dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi. Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on " “Jemput Semua Datang..” – Zul Huzaimy Bakal Adakan Kenduri Kesyukuran Sempena Kemenangan All Stars Buka Panggung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*