“Ya Allah nasib baik tak apa2..”- Zizan Razak bantu orang awam selamatkan pemandu tertidur dalam kereta

Video Zizan dan orang awam bantu menyelamatkan pemandu yang tertidur dalam kereta hampir 30 minit menjadi tular di laman sosial.

PELAKON dan pelawak Zizan Razak berkongsi detik cemas apabila dia dan beberapa orang awam mengejutkan seorang pemandu kereta yang tertidur di sebuah persimpangan lampu isyarat pada Isnin. 

Menurut Zizan, pemandu sebuah kereta jenis BMW itu berada dalam keadaan bah4ya dan menganggu lalu lintas apabila dilihat tidak sedarkan d1ri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramai yang dm dan tag Zizan bertanya pasal kes semalam. Cerita dia semalam ketika Zizan dan team zrff on the way ke tempat kerja ade sahabat kita ni mungkin terlalu penat lalu tertidur dalam kereta. Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira cina melayu dan india. Tahniah dan terima kasih buat semua yang berikan kerjasama yang luar biasa. Kepada sahabat kita Zizan nasihatkan supaya banyakan berehat dan jangan kerja lebih masa. Video by @ayahchik__ Credit to @fcukinflava Credit to @zrproject_fcukinflava

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 35, kejadian itu berlaku di Georgetown, Pulau Pinang ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

Zizan berkongsi video dia dan orang awam membantu kejutkan pemandu yang tertidur dalam kereta.

“Tertidur dalam kereta. Ramai yang DM dan tag Zizan bertanya fasal kes semalam. Cerita dia, semalam ketika Zizan dan team Zrff dalam perjalanan ke tempat kerja ada sahabat kita ini mungkin terlalu penat lalu tertidur dalam kereta.

“Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira Cina, Melayu dan India. Tahniah dan terima kasih buat semua yang berikan kerjasama yang luar biasa.

“Kepada sahabat kita, Zizan nasihatkan supaya banyakkan berehat dan jangan kerja lebih masa,” katanya.

Zizan turut meluahkan rasa gembira apabila semua bangsa bersatu untuk menghulurkan bantuan dan berterima kasih kepada semua orang yang memberikan kerjasama luar biasa itu.

Menerusi Instagram Zizan berkongsi video dia bersama beberapa orang awam memecahkan cermin kereta bahagian belakang selama lebih seminit sebelum berjaya menyelamatkan pemandu tersebut.

Zizan puji sikap tolong menolong orang awam tidak kira bangsa.

Keprihatinan pelakon Polis Evo 2 bersama orang awam cuba mengejutkan pemandu kereta yang berhenti selama hampir 30 minit menerima pujian di media sosial.

“Tahniah kepada team Zizan sebab tolong orang itu. Ini baru dinamakan berbilang bangsa tolong menolong amalan mulia. Respect all.

“Macam ini kita mahukan tidak kira kaum, agama dan budaya bila susah tolong,” komen beberapa orang netizen. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  :  MSTAR

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ya Allah nasib baik tak apa2..”- Zizan Razak bantu orang awam selamatkan pemandu tertidur dalam kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*