Lebih 145K Tontonan, Video Tok Kadi Sempoi Saat Ijab Kabul Tular. Ramai Terhibur!

Saat diijabkabulkan adalah peristiwa yang sangat penting di mana bermulanya satu perjalanan kehidupan baru dan tanggungjawab yang bakal dipikul. Pastinya ia menjadi momen paling istimewa buat pasangan pengantin dan keluarga mereka.

Melalui detik-detik penting dan bersejarah dalam hidup ini membuatkan ramai yang merakamkannya untuk dijadikan kenangan buat mereka. Begitu juga video yang menjadi tular di sosial media baru-baru ini.

Video yang dikongsikan oleh Awantona memaparkan momen manis yang dirakamkan saat pasangan pengantin ini diijabkabulkan. Apa yang menariknya adalah tok kadi (jurunikah) yang cukup sempoi bergurau senda dengan pengantin lelaki.

Video berdurasi dua minit 4 saat itu meraih perhatian ramai dengan lebih 145,000 tontonan dan 11,400 retweets serta 9,800 likes. Rata-rata netizen memuji tok kadi itu dan men1ngg4lkan komen seperti berikut:

“Pak imam Johor memang sporting ek”

 

“Nak tok kadi cam ni boleh buat sembang2”

“Ustaz Subuh ni…memamg sempoi”

 

“Sempoi. Tak gemuruh mana-mana pengantin kalau dapat tok kadi gini

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Awantona

Kredit: HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lebih 145K Tontonan, Video Tok Kadi Sempoi Saat Ijab Kabul Tular. Ramai Terhibur!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*