Usia bukan penghalang Nana kahwin lelaki lebih muda

PENYANYI, Siti Nordiana tidak dapat menepis takdir seandainya dijodohkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar. Menurut Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali Nana, peminat suka melihat apabila mereka rapat apatah lagi jika bersatu hingga ke jannah.

“Peminat ini… memang suka nak menjodohkan dengan artis yang mereka suka. adi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dengan Khai dah kenal lama sejak dari zaman dia suka smule lagi, malah show bersama.

“Hubungan kami memang baik tetapi tidak lebih daripada sebagai kawan. Tapi kalau dah dijodohkan dengan dia saya tak boleh nak buat apalah,” katanya tersenyum. Walaupun berbeza sembilan tahun lebih berusia, Nana, 34, tidak menolak jika itu sudah ketentuan-Nya.

“Bagaimanapun, usia itu bukan penghalang. Meski jar4k usia jauh berbeza boleh sahaja berkahwin”. Sumber sinar

Artikel berkaitan ‘Siti Nordiana putuskan hubungan dengan Alvin Chong’

KUALA LUMPUR 3 April – Tidak sekalipun mendengar spekulasi mengenai percintaan antara penyanyi popular Siti Nordiana atau Nana, 34, dengan pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong, 27, tiba-tiba penyanyi lagu Terus Mencintai itu mengumumkan untuk memutuskan hubungan mereka.

Lebih mengejutkan, pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar yang bertempat di sebuah restoran di ibu kota menerusi sebuah rakaman video. Berkata kepada Utusan Online, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mengakui, dia menjalin hubungan dengan Alvin hanya selama beberapa hari sahaja dan sempat meluangkan masa berdua di Krabi, Thailand.

“Sebetulnya, hubungan kami itu adalah sekadar lakonan untuk menjayakan penggambaran klip video muzik baharu sempena penghasilan single terkini, Hatiku Milikmu. Penggambaran klip video ini dilakukan di Krabi. Jadi, kami ke sana untuk bekerja, bukannya berpacaran,” ujar Nana memberitahu cerita sebenar.

Mengulas mengenai Hatiku Milikmu, karya tersebut adalah ciptaannya send1ri, manakala l1rik ditvlis oleh Shana. Klip video lagu itu pula mendapat sentuhan penuh daripada pasukan produksi Storytellrs yang berasal dari Romania tetapi bermastautin di Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak ajak i membawang la tuu ! X mau!!!!Dosa 🤭😂 🎬 #satukanrasa @khaibahar94 . . 📷 @palyshamzah

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Biarpun mereka tidak faham bahasa Melayu tetapi setelah diterjemahkan maksud setiap bait l1rik kepada bahasa Inggeris, proses penghasilan klip video jadi mudah.

“Mereka sangat kreatif walaupun baru saja membabitkan d1ri dalam penerbitan muzik video kerana sebelum ini Storytellrs lebih tertumpu kepada penerbitan video berkonsep kembara. Klip video lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali adalah karya pertama mereka,” kata Nana.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tq @meletop jemput kami jadi hos undangan! ❤️💋 . . Styled by @yumimarina Designer @lana.official___ Mua @aidaglam2 Tudung @nyleascarf.hq #sitinordiana #khaibahar #nakhai

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: UTUSAN ONLINE / cokelatputih.com

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Usia bukan penghalang Nana kahwin lelaki lebih muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*