Sudah Mencecah Usia 3 Bulan, Izreen Azminda Dedah Anak Kedua Semakin ‘Gebu’ Dan Comel!

Artis versatil, Izreen Azminda gemar berkongsi perkembangan terkini anak keduanya, Aaaron Ibrahim yang telah selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon berusia 34 tahun itu telah berkongsi foto terkini anak keduanya itu.

Di samping itu, bintang kelahiran Kangar, Perlis ini turut memaklumkan anak keduanya itu kini sudah mencecah usia 3 bulan.

“3 MONTHS #aaronibrahim,” tvlisnya.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mend1rikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Izreen Azminda

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sudah Mencecah Usia 3 Bulan, Izreen Azminda Dedah Anak Kedua Semakin ‘Gebu’ Dan Comel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*