“Tidurkan Eidrees Sebelum Take Off & Landing” – Ini Tips Anzalna Bawa Anak Umur 3 Bulan Melancong Jauh

Pelakon Anzalna Nasir akui rsau dengan keadaan anaknya, Mohamad Eidrees yang baru berusia tiga bulan yang dibawa melancong ke Paris, Perancis minggu lalu.

Jelas Anzalna, dia risau sekiranya Eidrees akan menangis ketika dalam penerbangan dan situasi itu akan menyebabkannya panlk.

“Sebagai ibu muda yang baru pertama kali menimang anak, ini juga pengalaman baru untuk saya membawa anak kecil mengembara dalam tempoh yang panjang dan jauh.

“Mujur, Eidress memudahkan urusan saya dan langsung tidak meragam sepanjang penerbangan ke Paris minggu lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

As a new mum, I will always try my best to provide the best of everything for @mohamadeidrees Thank you mummy2 & semua orang yang selalu share tips & advice to me. Hari tu ada a few comments that advice I should install a rear-facing car seat for Eidrees since he’s only 3 months old. Tadaaa, macam mana okay tak? For all the parents out there, jangan lupa that safety should come first and make sure untuk guna car seat yang sesuai dengan berat dan tinggi anak okay? #JomKlik #panducermatsampaiselamat #andamampumengubahnya

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

“Saya sebenarnya risau juga, takut berdepan situasi yang saya send1ri tidak boleh uruskan. Apalah nanti yang perlu saya buat kalau tiba-tiba dia menangis dalam kapal terbang?” kata Anzalna.

Pelakon cantik itu kini sedang berada di Paris, Perancis sejak seminggu lalu untuk menghad1ri acara Paris Fashion Week selaku jurucakap jenama popular antarabangsa L’Oreal Paris.

Berkongsi sedikit tips membawa anak kecil menaiki kapal terbang untuk perjalanan yang jauh, kata Anzalna dia sudah menyediakan segala kelengkapan sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

“Sebenarnya sebelum bertolak saya sudah menyediakan segala-galanya untuk Eidrees sebab takut.

“Tapi sebelum berlepas dan mendarat saya akan tidurkan dia sebab takut telinga dia berdengung dan tidak boleh seimbang,” ujarnya.

Dalam perancangan Anzalna yang dijangka pulang ke tanah air pada minggu hadapan berkemungkinan akan menyambung percutiannya bersama suami dan anak tercinta di sana.

“Sekarang semuanya bergantung pada Eidrees. Mungkin akan sambung lagi kalau keadaan dia mengizinkan.

“Risau memang risau tetapi nampak gaya dia sangat suka melancong. Bolehlah bawa dia bercuti lagi selepas ini. Semoga semuanya baik-baik sampai kami balik nanti,” tambah Anzalna.

Anzalna turut mendapatkan tips berguna daripada pelakon s1ri televisyen Desperate Housewife, Eva Longoria ketika bertemu dalam parti koktel Karl Lagerfeld x L’Oreal Paris baru-baru ini.

Malah, sepanjang keberadaannya di sana, Anzalna turut memuat naik beberapa keping foto bersama selebriti terkenal antarabangsa seperti Aishwarya Rai dan Camilla Cabello.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terlupa pula nak pakai 7 inch heels! Aishwarya Bachchan with Anzalna belacan! #LorealxPFW2019 #LorealParisMY #LorealPFW2019 #ParisFashionWeek #collab #AnzalnaXLoreal #LorealPFW

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tidurkan Eidrees Sebelum Take Off & Landing” – Ini Tips Anzalna Bawa Anak Umur 3 Bulan Melancong Jauh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*