Tiga Amalan Anak Yang Menambah Kemuliaan Dan Pahala Ibu Bapa

Pertama: Mendoakan Ibu Bapa

Sabda Nabi SAW

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila men1ngg4l dunia seorang insan (manusia) maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara (iaitu) sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya.” (Sahih Muslim, no: 1631)

Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِيْ الْجَنَّةِ فَيَقُوْلُ : يَا رَبِّ أَنىَّ لِيْ هَذِهِ ؟ فَيَقُوْلُ : بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ.

“Sungguh Allah ‘Azza wa Jalla mengangkat darjat bagi hambaNya yang soleh di syurga. Maka dia (hamba) bertanya: Bagaimana (aku dapat mencapai) semua ini? Maka dikatakan padanya: “Dengan istighfar (permohonan ampun) anakmu untukmu.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3660)

Kedua: Bersedekah Atas Nama Ibu Bapa.

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya:

إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟

“Ibuku telah men1ngg4l dunia secara mendadak, sementara beliau belum (sempat) berwasiat. Saya yakin, sekiranya beliau sempat berbicara, (pastilah) beliau akan bersedekah. Apakah beliau akan mendapat pahala jika saya bersedekah atas nama beliau?” Nabi SAW menjawab:

نَعَمْ تَصَدَّقْ عَنْهَا.

“Ya. Bersedekahlah atas nama ibumu.”

(Sahih Al-Bukhari, no: 1388 dan Sahih Muslim, no: 1004)

Ketiga: Meneruskan Amalan Baik yang Pernah Dicontohkan oleh Ibu Bapa.

Sabda Nabi SAW

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

“Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (Sahih Muslim, no: 1893)

Sabdanya lagi:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يَنْقُصُ ذلِكَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئًا.

“Sesiapa yang mengajak kepada suatu petunjuk, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinyaz tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka.” (Sahih Muslim, no: 2674)

Anak-anak perlulah berusaha meneruskan apa jua amal kebaikan yang pernah dicontohkan oleh ibu bapa mereka agar mereka memperolehi pahala yang berterusan. Jika ibu bapanya gemar bersedekah semasa hidup, hendaklah si anak juga membudayakan amalan tersebut. Demikian amalan soleh yang lain.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tiga Amalan Anak Yang Menambah Kemuliaan Dan Pahala Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*