“Zaman Telah Berubah”. Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah Untuk Kita Yang Bergelar Ibu Bapa.

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH:

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak menggvris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar ‘share’. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan.

Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lemb4m. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

“Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berdvka”..

“Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa ked4na”..

“Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang s4kit”..

“Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang mer4na”..

Related image

Sesungguhnya, perbuatan merendah d1ri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..

Jadikan group ini medan tazkirah..

Jadikan group ini medan maklumat..

Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita men1ngg4l nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akh1r4t nanti.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Zaman Telah Berubah”. Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah Untuk Kita Yang Bergelar Ibu Bapa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*