“Takkan Dia Tak Tahu… Duduk Dalam Gua Ke?” – Tiada Sebarang Respon Dari Bekas Suami, Rita Rudaini Bertanggungjawab Selamatkan Maruah Anak-Anak

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak tidak ada menghubunginya ekoran kes fitn4h yang melibatkan status taraf kedua-dua anak lelaki mereka.

Jelas Rita, hanya dia seorang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu tersebut sehingga mendapat keadilan.

“Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya.

“Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya.

“Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak.

“Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?” katanya kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tak jadi dekat adik perempuan,kakak,mak,diri sendiri..kencang la ckp…xsangka ye zaman skrg ada jugak lelaki mulut mcm ppn…ckp mcm kt dunia ni xde tuhan…org xde iman….mmm ank sape la ni..suami sape la ni…abg sape kah ini? Akhlak bermula dr kecik dan dari rumah…ko ingat ARTIS ni mmg bahan utk org gila mcm korg lps geram ke? So ARTIS ni korg bole komen n kata suka ati? Helloo jantan2 kt atas ni 👆🏻…klau ko xreti nak hormat PEREMPUAN lain maknanya,ko xhormat MAK Ko sendiri… @skmm_mcmc @syakirinsyazwan @ahmad_idham

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Terdahulu, Rita membuat lap0ran polis terhadap pemilik akaun yang didakwa memfitn4h status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram (IG).

Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen yang ditvlis oleh individu berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mend1rikan rumah tangga.

Rita memberi tempoh selama 14 hari dari 21 Oktober untuk individu itu tampil bertemu serta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukannya menerusi media sosial.

Dua lelaki tersebut, Ahmad Najib Mat Arif dan Hafiiz Ahmad Mustaffa hadir ke perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam untuk bersemuka dan membuat permohonan maaf.

Walaupun permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan sam4n malu atau tidak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Takkan Dia Tak Tahu… Duduk Dalam Gua Ke?” – Tiada Sebarang Respon Dari Bekas Suami, Rita Rudaini Bertanggungjawab Selamatkan Maruah Anak-Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*