“Saya Tak Nak Umum Secara Rasmi ..” – Sudah Berhijab Selepas Pulang Umrah? Ini Komen Amyra Rosli

Aktres jelita Amyra Rosli memilih untuk tidak menghebahkan mengenai penampilan berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

Jelas Amyra, dia menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bers1ri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bukti gambar first tu mmg lelaki lagi kuat membawang 😂 . . Stylist : @farahdinana Dress : @lana.official___ . . #CemburuSeorangPerempuan #Meletop #Dhia

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung.

“Biarlah ia daripada saya send1ri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk kar4kter Dhiya, okay biarkan.

“Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir send1ri.

“Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan,” katanya kepada Gempak.

Amyra ditemui usai program Meletop Special di Astro, Bukit Jalil malam tadi.

Tambah isteri kepada aktor Amar Baharin ini,  dia akui berasa selesa semasa mengenakan tudung.

“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini send1ri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah,” ujarnya lagi.

Selain Amyra, drama bers1ri terbaru, Cemburu Seorang Perempuan yang menghiasi slot Dramavaganza ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amar Baharin, Emma Maembong, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

Dramavaganza merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bers1ri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.

Jangan lupa saksikan drama bers1ri Cemburu Seorang Perempuan di slot Dramavaganza mulai 29 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌹 DHIA 🌹 . . Thanks @rorobatikrtw . . . Stylist @missaishah . . #CemburuSeorangPerempuan

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Nak Umum Secara Rasmi ..” – Sudah Berhijab Selepas Pulang Umrah? Ini Komen Amyra Rosli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*