“Setelah 14 Tahun, Hari Ini Giliran Ibu Saya Pula…” – Firdaus Wong Sebak, Ibu Kandung Ucap Syahadah

 Terasa sebak dan mengalir air mata apabila seorang anak berjaya mengendalikan kalimat suci dua kalimah syahadah dilafazkan oleh ibu kandung send1ri yang sebelum ini bukan beragama Islam.

Firdaus Wong Wai Hung menerusi akaun Facebook peribadinya berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila berjaya mengislamkan ibu kandung dengan mengucap dua kalimah syahadah. Peristiwa yang paling bermakna itu telah diadakan di Multiracial Reverted Muslims dan disaksikan beberapa individu lain.

Firdaus Wong merupakan seorang penceramah bebas yang sebelum ini asalnya merupakan penganut agama Buddha. Dia telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM) yang giat menyebarkan dakwah dengan cara yang tersend1ri bersama penceramah bebas yang lain.

Dia meluahkan rasa syukur apabila hari ini ibu kandungnya itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan d1rinya tadi. Tambahnya, dia tidak dapat menahan air mata apabila ibunya itu melafazkan kalimah yang paling bermakna sebagai umat Islam.

Alhamdulilah Allahuakbar. Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya send1ri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan air mata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.

Sementara itu, Firdaus Wong turut berh4rap agar ayah dan adik-beradiknya yang lain turut berlembut hati dan dikurniakan hidayah dari Allah untuk memeluk agama Islam. Dia turut mengh4rapkan doa secara umum untuk mereka terus beristiqomah sebagai saudara baru dalam Islam.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berh4rap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan m4ti sebagai Muslim. Allahuma Ameen.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung via OHBulan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Setelah 14 Tahun, Hari Ini Giliran Ibu Saya Pula…” – Firdaus Wong Sebak, Ibu Kandung Ucap Syahadah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*