“Saya Suka Menyanyi…” – Wann Perjelas Bila Ada Yang Meragui Kemampuannya

Penyanyi asal lagu Asmaradana, Puan Sri Tiara Jacquelina menyatakan rasa kagum dan terharunya apabila peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Wann berjaya menyempurnakan lagu tersebut dengan baik mengikut caranya send1ri.

Bintang yang sinonim menerusi watak Gusti Puteri menerusi naskhah Puteri Gunung Ledang itu turut merakamkan rasa bangga apabila lagu tersebut kekal menjadi siulan meski sudah 15 tahun ia dilancarkan.

Perkara tersebut dikongsikan Tiara menerusi beberapa postingnya di Instgram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The spirit of Puteri came alive again last night, when @wann_rashidah sang #Asmaradana on #GV6 💜 Well done Wann, so glad we finally got to meet. Berpuluh tahun bergelar artis, tak pernah pulak berjumpa, until last night! Congrats to the dancers who put in special effort on the dance too👏🏼👏🏼👏🏼 (I’m really amazed how Asmaradana is still so popular after 15 years, Alhamdulillah! Masa nak record lagu ni, saya ingat lagi @edryabdhalim kata “I can’t guarantee you it will be a hit, it doesn’t have a commercial sound.” But I’m glad we went ahead with it anyway Edry, look how it’s still going until today😁🙌🏼)

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Up close and personal with @wann_rashidah after her performance at #gegarvaganza2019 #GV6 last night 😁 (mata mana, mata? Gelak sampai hilang terus🙈) #asmaradana

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina) on

“Proud of her, she do it so well. Anda lakukan mengikut cara tersend1ri,” kata Tiara buat Wann.

Sementara itu, bintang senior berkenaan ketika ditemui media tidak men4fikan rasa gementar untuk mempersembahkan lagu tersebut, sementelah terpaksa mengh4rap bait l1rik ‘mantera’ pada awal lagu.

“Kalau nak diikutkan, saya memang terlalu rasa gementar apabila membuat persembahan, bukan bila di GV6 sahaja. Cuma saya ingat kata-kata biduanita Sharifah Aini.

Katanya adalah lebih baik untuk rasa sedikit gementar ketika mahu membuat persembahan. Malah, saya awalnya pun tak tahu penyanyi asal akan datang.

“Bila ternampak Puan Sri Tiara, lagi lah rasa gementar dan selepas awal lagu, saya cuba untuk kawal rasa gementar dan buat sehabis baik,” katanya.

Mengakui ada yang meragui kredibilitinya untuk membawakan lagu berkenaan di dalam tema ‘Aneh-Aneh’ pada minggu ketika konsert Wann tidak melat4h.

Sebaliknya, dia hanya menyanyi dan cuba mengikut ‘arus’ lagu dengan caranya send1ri, tidak mahu dibayangi penyanyi asal.

“Sukar untuk saya gambarkan. Jujurnya saya memang suka menyanyi. Dengar apa sahaja lagu, saya akan suka. Jadi bila dapat peluang membuat persembahan bersama 1ringan muzik secara langsung, semangat menyanyi itu kian kuat.

“Itulah yang terjadi bila saya sampaikan Bosanova di minggu pertawa. Dengar saja muzik, ia terus meresap dalam jiwa. Saya hanya mahu menyanyi. Itulah perasaannya apabila membuat persembahan” jelasnya lagi.

GV6 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dipancarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), semalam.

Naqiu diangkat sebagai peserta yang paling baik persembahannya oleh juri profesional sementara Ameer Sofazr diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Vokalis kumpulan Sofazr itu mengumpul markah sebanyak 54 peratus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Suka Menyanyi…” – Wann Perjelas Bila Ada Yang Meragui Kemampuannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*