“Saya Sedang Berehat Panjang” – Remy Ishak Mahu Fokus Pada Kesihatan

Pelakon Remy Ishak mendedahkan dia kini sedang berehat panjang daripada sebarang aktiviti seni.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai keadaan d1rinya yang terkena g@ngguan, Remy mahu mengambil masa sehingga penghujung 2019 untuk menenangkan fikiran.

“Alhamdulillah, saya semakin sihat. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya.

“Buat masa sekarang saya sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni di samping sibuk mempromosikan jenama Origina.

“Sepanjang tempoh ini, saya banyak habiskan masa di rumah bersama dengan keluarga,” jelasnya.

Remy ditemui di sesi ‘meet and great’ produk minuman Origina bersama peminat di Sunway Pyramid sebentar tadi.

Tambah Remy, kesihatan d1rinya lebih menjadi keutamaan berbanding tawaran-tawaran berlakon yang terpaksa ditolak sepanjang tempoh berehat.

“Inilah tempoh paling lama saya ambil untuk berehat sepanjang menjadi anak seni.

“Saya ada menerima pelbagai tawaran tetapi hanya selepas tempoh berahat saya tamat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Remy mendedahkan terkena g4ngguan dan telah dirawat menerusi kaedah perubatan Islam.

Sedikit info tentang aktivitinya sekarang, selaku duta bagi produk Origina, Remy bangga apabila produk itu telah melancarkan minumannya di Watsons seluruh Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PS Food & Beverage @origina_hq receiving ‘The Brand Laureate World Halal Best Brands Awards 2019’ at Majestic Hotel Kuala Lumpur. . #origina #stayvibrant #originatrulynatural #originatrulymalaysian #produkbumiputera @origina_hq . . tuxedo by: @wardrobe.privato

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Sedang Berehat Panjang” – Remy Ishak Mahu Fokus Pada Kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*