“Saya Pun Buat Kesilapan Tu, Tapi Alhamdulillah Sekarang…,” – Siti Sairah Adik Siti Nurhaliza Respon lsu Pernah Buka Hijab

Pernah terpalit dengan isu membuka hijab, adik kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Sairah mendedahkan apa yang pernah berlaku kepada d1rinya sebagai asam garam kehidupan.

Malah, bintang yang pernah hits menerusi lagu ini kekal untuk mengharapkan doa ramai agar dia mampu menjadi wanita sebaik-baiknya pada masa depan.

Terdahulu, ibu kepada bintang Ceria Megastar Ministar, Ummi Ummairah turut kembali bergelar ibu Disember tahun lalu dan dikurniakan bayi perempuan hasil perkahwinannya bersama Mohd Sharidan Johari pada Februari 2018.

“Saya pun ada pengalaman sebegitu juga. (membuka tudung). Pada saya, saya tak boleh cakap apa-apa. Yang penting kita istiqamah lah. Saya pun buat kesilapan tu… tapi alhamdulillah sekarang saya kembali bertudung dan insyAllah doakan yang terbaik.

“Paling penting orang di luar sana, kita jangan blame mereka (buka tudung). Mungkin ada sebab tertentu yang kita tak tahu. Doa kalian itu yang membuatkan mereka akan berubah sedikit demi sedikit.

“Jadi, kita kena sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya optimis seperti yang dipetik Majalah Nona.

Ditanya apa yang membuatkan d1rinya mahu kembali istiqamah dan tanam azam, Sairah mengakui ia berlaku se1ring status.

“Iyalah, kita ni bila dah berkeluarga kita taknak suami kita bertambah ‘beban’ dia. Jadi bila kita bertudung tu.

“Salah satunya adalah kerana sebagai umat Islam kita perlu bertudung. Kepada mereka yang buka tudung atau belum bertudung, kita doakan yang terbaik untuk mereka,” jelas Sairah yang turut menjelaskan d1rinya begitu menyenangi penampilan yang ringkas.

“Saya seorang yang sangat simple. Selagi ada tudung yang macam menyenangkan, saya akan pakai. Saya jenis pakai yang sarung dan terus siap!

“Orang kalau follow IG saya memang tahu saya punya tudung macam mana. Sangat simple.Jenis material pilihan pula saya tak kisah. Yang penting senang dibentuk dan selesa. Macam chiffon… dan tudung bawal antara yang paling saya suka,” akui Sairah.

Pada masa sama, Sairah turut memilih kakaknya send1ri iaitu Siti Nurhaliza sebagai rujukan fesyen berhijab.

“Bila tengok Kak Iti bertudung, saya suka tengok. Tapi kita ni jenis yang simple, apa yang ada sarung je. Cara Kak Iti bertudung juga beri inspirasi dekat saya untuk pakai tudung yang dia pakai.

“Sejujurnya bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik, kami memang suka berborak. Antara topik kami bila berjumpa ialah mekap. Kak Iti memang suka cerita bab mekap.

“Masing-masing ada minat send1ri tapi kami boleh kongsi berbual tentang apa saja. Jarang sekali ‘membawang’. Misalnya antara Kak Saida dan Kak Iti mereka akan lebih bercerita pasal kewangan sebab Kak Saida yang urus hal kewangan syarikat,” imbau Sairah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum Dan selamat pagi. 💕💕 Tq mak iti @ctdk #throwback

A post shared by SITI NURSAIRAH TARUDIN (@sitisairahtarudin) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 Foto/Sumber: Instagram Siti Sairah/Majalah Nona / Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Pun Buat Kesilapan Tu, Tapi Alhamdulillah Sekarang…,” – Siti Sairah Adik Siti Nurhaliza Respon lsu Pernah Buka Hijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*