“Saya Tak Nak Dia Minta Maaf Dekat IG, FB Atau Apa. Saya Nak Dia Bersemuka,” – Rita Rudaini

Susulan lap0ran polis yang dibuat pelakon Rita Rudaini terhadap seorang pengguna Instagram yang didakwa mempersoalkan sah taraf anaknya semalam, peguam Rita, Mohd Syak1rin Syazwan Mohd Nayan menegaskan apa yang berlaku secara langsung mencemarkan imej anak guamnya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Xsabar nk jumpa golongan bijak pandai/ustaz/ustazah/ahli syurga ni…🤗

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Syak1rin ketika ditemui media menambah pihaknya memberi masa 14 hari kepada individu yang menggunakan nama akaun @ahmadsan81 di Instagram untuk tampil membuat permohonan maaf secara bersemuka atau hal ini akan dibawa ke tengah.

“Menurut kepada kenyataan yang dikeluarkan atau yang diberikan di ruangan komen, pernyataan tersebut adalah berunsurkan fitn4h yang mana telah pun mencemarkan atau memberi kesan kepada maruah serta nama baik Puan Rita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aikkkk?!!…xkn kecut bijik n teloq kot…hang kata hang teraaa….🙃 xpaaa…hang lari lah mana ponn… @skmm_mcmc bole cari hang….sisturr teringin nk tgk muka depa ni..nk blanja mkn tomyam…🤗

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Daripada pernyataan tersebut, pemilik akaun tersebut telah pun mempersoalkan taraf anak Puan Rita, jadi pernyataan tersebut telah pun ternyata telah disiarkan dan semua telah nampak kenyataan berkenaan.

“Disebabkan hal itu, laporan polis telah pun dibuat supaya tindakan selanjutnya boleh dibuat terhadap si pemberi komen,” katanya lagi.

Sementara itu, Rita pula meminta pihak berkenaan untuk tampil mohon maaf secara empat mata dan bukan menerusi media sosial.

“Dari sudut perundangan, kami akan berikan salam masa 14 hari, pemilik akaun tersebut tampil secepat mungkin untuk membuat satu permohonan maaf secara terbuka atas tindakan beliau.

“Dia kena berjumpa… saya tak nak dia minta maaf dekat Instagram, Facebook atau apa. Saya nak dia bersemuka dengan saya.

“Dia datang minta maaf dengan saya secara terbuka dalam masa tarikh yang ditetapkan. Kalau tidak ada, kita akan ambil tindakan,” pinta Rita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jgn fokus kt lawyer sisturr tu 🙈 @syakirinsyazwan …..tp tolong fokus kt kertas yg sisturr pegang tu ek 😊 …. awas FAKE ACC…bukan susah nk cari 😊✌🏻️

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meningg4lkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang dimuat naik.

“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tvlis pemilik akaun tersebut.

Difahamkan, pihak Rita sudah mendapat maklumat peribadi individu yang dimaksudkan, lengkap dengan nama, nombor telefon serta gambarnya.

Rita tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, kira-kira jam 3.00 petang, pada Isnin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Nak Dia Minta Maaf Dekat IG, FB Atau Apa. Saya Nak Dia Bersemuka,” – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*