“Saya Dalam Proses Bimbing Dia” – Akhirnya Tunang Intan Najuwa Beri Penjelasan Sebenar, Ramai Salah Sangka Rupanya

HUBUNGAN pelakon Intan Najuwa dengan tunangnya Razrul Anwar Rusli mencetuskan kontr0versi selepas paparan skrin status Instagram milik ahli peniagaan itu tular di media sosial.

Enggan perkara itu berpanjangan dan disalah erti, Razrul, 38, tampil menjelaskan perkara sebenar dan status hubungan mereka.

Razrul memberitahu kenyataan yang dimuat naik di Insta story miliknya itu dibuat secara umum dan bukan ditujukan kepada aktres itu.

“Kenyataan itu dibuat secara general… Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.

“Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu.

Intan sebelum ini dikec4m kerana bergambar mesra dengan Zul Ariffin.

“Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang,” ujarnya kepada mStar.

Intan Najuwa sebelum ini dikec4m apabila bergambar mesra dengan hero dalam drama lakonannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin.

Aksi didukung dan mudah dipegang oleh pelakon lelaki menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap tidak sesuai bagi wanita yang sudah bertunang.

Dalam pada itu, Razrul mengakui sedang dalam proses untuk membimbing Intan demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alamak terblock muka Adriz 😅 #SetelahKuDimiliki @dramasangat @tv3malaysia @setelahkudimiliki #SlotAkasia

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

Bagaimanapun, tanggungjawab itu dilakukan tanpa sebarang paksaan kerana memahami kerjaya wanita itu.

“Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa… saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik sekali.

 

Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik sekali.

RAZRUL ANWAR RUSLI

Tunang Intan Najuwa

“Lagipun kerja itu bukan selamanya akan kena buat begitu. Watak pasti akan berbeza dan caranya juga akan berbeza. Saya tiada masalah, saya tahu Intan bagaimana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Razrul berkata hubungannya dengan pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Razrul juga tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan faham lumrah kehidupan artis sama seperti dunia politik.

“Hubungan kami okey sahaja… semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama.

“Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa.

Paparan skrin status Razrul mencetuskan kontr0versi apabila ia menjadi tular di media sosial.

“Isu itu sengaja ditimbulkan media atau orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sama macam politik.

“Saya juga tidak menaruh perasan m4rah kepada sesiapa. Ini adalah lumrah hidup untuk dikriitik,” ujarnya.

Tambah Razrul, dia juga akan memberi keiz1nan kepada Intan untuk berlakon meskipun sudah bergelar isteri suatu hari nanti.

“Ya, saya memberi keiz1nan kepada Intan untuk berlakon, malah saya turut berbangga jika Intan masih lagi menjadi her01in selepas kami berkahwin,” ujarnya.

Intan dan Razrul bertunang dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Please be good when I’m not around. I hate being far from you. But I understand, we are working hard to achieve our life goals. Love you always!

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Dalam Proses Bimbing Dia” – Akhirnya Tunang Intan Najuwa Beri Penjelasan Sebenar, Ramai Salah Sangka Rupanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*