Sam Bunkface Nak Kahwin Lagi ? “Kalau Ada Rezeki Dan Jodoh Mengapa Tidak,”

Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau nama komersialnya, Sam Bunkface mengakui hubungan baiknya dengan bekas isteri demi kepentingan anak lelaki mereka, Maleeq yang kini sudah pun mencecah usia tiga tahun.

Profesional dalam hal menjaga anak, bintang berusia 31 tahun ini pada masa sama juga tidak tolak andai sampai jodoh untuk berkahwin lagi.

“Alhamdulillah tiada masalah…Kami masih jaga anak secara bergilir-gilir. Semuanya adil tak ada masalah. Anak pun gembira dan sudah tiga tahun usianya.

“Semuanya okay dan kumpulan kami, Bunkface masih terus berkarya dan kami pun baru sahaja lancarkan lagu baru berjudul Suara,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai soal mencari pengganti, Sam ada jawapan send1ri.

“Sudah tentu akan ada pengganti. Kalau ada rezeki dan jodoh mengapa tidak? Perkahwinan itu suatu hal yang baik,” katanya mahu belajar untuk lebih bersabar dalam apa sahaja perhubungan baru yang terjalin selepas ini.

“Saya kena bersabar. Akan tetapi hidup perlu diteruskan, kita belajar. Hubungan dengan isteri okay tak ada masalah, janji kami saling fikir dan profesional untuk anak. So far so good,” akuinya lagi.

Untuk rekod, Sam dan bekas isteri, Aida Azira Hussin mend1rikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq.

Bunkface antara band yang akan menghangatkan konsert Konsert Haus Boom Music 2019  10 November depan.

Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.

Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan.

Juala tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bintang ini menjawab persoalan mengenai jodoh selepas berpisah dengan isteri, Aida Azira Husin, Januari lalu #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Sam Bunkface

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sam Bunkface Nak Kahwin Lagi ? “Kalau Ada Rezeki Dan Jodoh Mengapa Tidak,”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*