Hati Kembali Terisi,.. Sam Bunkface Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

Episod percer4ian yang dilalui pada Januari lalu tidak pernah menutup pintu hati vokalis Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom atau Sam untuk kembali bercinta.

Walaupun hal berkaitan jodoh bukan fokus utamanya ketika ini, Sam, 31, mengakui dia sedang mengenali hati budi seseorang.

“Saya memang sedang berkawan dengan seseorang dan hubungan kami masih dalam peringkat mengenali hati budi. Kali ini, saya tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan.

“Kalau ada jodoh, saya mencari seseorang yang memahami, mempunyai hati yang baik dan lemah lembut. Dalam melayari sebuah perhubungan, sabar kena ada,” katanya.

Selepas 10 bulan menjadi duda, abang pelakon Siti Saleha itu bersyukur, tidak mengalami tekanan dan mampu menguruskan d1ri, anak serta kerjaya dengan baik.

“Alhamdulillah, setakat ini, saya boleh menyesuaikan d1ri. Hubungan dengan bekas isteri, Aida Azira Husin juga tiada masalah kerana keutamaan kami adalah anak, Maleeq yang sedang membesar.

“Kami bergilir-gilir menjaganya. Apa yang berlaku sebelum ini, saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Selepas berpisah, saya menatap di Klang, Selangor untuk menjaga ayah yang sudah berusia 70 tahun.

“Kalau Maleeq datang, dapat kami tiga generasi berkumpul bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert mini, Yoodo & The Bee Presents: Punkrock Picnic.

Persembahan yang akan diadakan di The Bee, Publika pada 29 November itu menampilkan dua kumpulan hebat, Bunkface dan One Buck Shot yang juga perintis dalam memperjuangkan genre punk rock di negara ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: BHonline

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hati Kembali Terisi,.. Sam Bunkface Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*