Ruhainies Nak Berhenti Berlakon Untuk Cafe?

Pelakon jelita, Ruhainies menafikan d1rinya mahu memperlahankan kerjaya dalam bidang lakonan.

Baru sahaja membuka sebuah kafe Bites Dessert yang menyajikan pelbagai seleksi pencuci mulut, Ruhainies mahu memberikan fokus seimbang kepada kedua-dua bidang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anybody loves faux ice cream like we do? Comment below what other dessert you love too 😊 ❤️ #lovedessertlovebites #bitesdessertbar #buffetdessert #dessertforlife

A post shared by Bites Dessert Bar (@bites_dessert) on

“Saya belum mahu berhenti berlakon atau memperlahankan rentak dalam bidang hiburan. Saya tetap akan mengambil tawaran seperti biasa.

“Empat tahun bergelumang dalam bidang ini, saya rasakan masih belum tiba masanya untuk saya berehat. Pembukaan kafe ini sebagai salah satu cabang kerjaya baru untuk saya.

“Lagipun saya mempunyai tiga orang rakan kongsi lain. Mereka akan membantu saya menguruskan kafe ini. Jika saya mempunyai kelapangan, pasti saya akan turut turun padang,” katanya kepada Gempak.

Ruhainies ditemui di majlis pelancaran kafe Bites Dessert di Plaza Akardia, Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Beautiful people at @bites_dessert launching 💖 . 📸by : @budak.tadika

A post shared by @ ruhainies7 on

Mahu menampilkan kelainan, Ruhainies memilih kafe yang menjual pencuci mulut yang menyajikan lebih 40 seleksi ‘sweet and savoury desserts’ serta ais krim.

“Setiap menu disajikan di atas ‘conveyor belt’ dan pengunjung boleh menikm4ti buffet pencuci mulut tanpa had selama satu jam. Jadi, boleh makan sepuas-puasnya!

“Saya mahukan kelainan kerana saya gemarkan pencuci mulut. Jika saya berkunjung ke mana-mana negara luar untuk bercuti, pastinya saya mencari kafe yang menjual pencuci mulut dahulu,” katanya lagi.

Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis pelancaran terbabit ialah Rita Rudaini, Syamim Farid, Mawar Rashid dan Raf Yaakob.

Foto: Instagram Ruhainies, @budak.tadika, @bites_dessert

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ruhainies Nak Berhenti Berlakon Untuk Cafe?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*