“Hari ini bonda satukan family selepas diketepikan keluarga sbb miskin dan janda” – Bonda Rozita terkenang kisah silam

Ibarat “Wedding Of The Year 2019”, Rozita Ibrahim pengasas Sendayu Tinggi dan ibu kepada Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman meraikan majlis perkahwinan anak lelaki bongsunya. Majlis perkahwinan yang gilang gemilang serba mewah pada Ahad lalu berkonsepkan Seni Melayu Klasik. Seperti ibu-ibu yang lain,  beliau yang lebih glamour dengan panggilan “bonda” juga ada kisah silam yang tersend1ri.

Nostalgia kisah silam menggamit kembali semasa Jamal Abdillah menyanyikan lagu Send1ri menyebabkan bonda tersentuh hati mengenangkan beliau pernah dih4lau dari rumah sewa ketika ingin menaikkan Sendayu Tinggi tambahan lagi dengan keadaan status beliau yang terpaksa turun naik mahkamah menguruskan k3s pencraian seorang d1ri tanpa keluarga di sisi.

Demi anak-anak, beliau tabahkan hati menelan peritnya kehidupan ketika itu mengikat perut dan berjaja jual ikan naik lori sebelah siang dan malamnya pula mesin herba Sendayu Tinggi di dapur. Bonda meluahkan isi hatinya sedih jika anak-anak tidak mendengar cakap kerana pengorbanan yang telah beliau korbankan di zaman mereka kecil sangat perit.

“Dibelakang tabir wedding Ajim xdapat sy menahan tangisan ” Allah jawab ujian yg sy tanggung selama usahakan St ..kawin crai ..Sy tanggung family dn besarkan Yati Kri dan Ajim Ajah sekolah dgn tenaga dn tangisan tanpa keluarga ..sbb tu lagu send1ri & pengantin baru ” menyentuh hati sy sebagai isteri ibu dn ushawan ” ..lagu jamal sy minta dia nyanyikan semuanya kisah sy..” – tvlis Bonda

Perasaan ini tidak dapat ditahan pada majlis tersebut menyebabkan bonda menangis sebak terkenang kisah lalu. Namun kini, kebanggaan beliau adalah anak-anak yang membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna. Ternyata tidak sia-sia pengorbanan bonda walaupun dih1na di keji suatu ketika dulu.

Kisah kehidupan perit getir yang beliau lalui juga ada di muatnaik di laman blog beliau rozit4ibrahim.net dengan tajuk “Dugaan Nooraini” yang mempunyai 82 episod sejak beberapa tahun yang lalu. Bonda tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya yang telah lama terpendam semasa Ajim dilahirkan dan ditambah pula anaknya selalu s4kit2 ketika kecil.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim via informasiviral

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Hari ini bonda satukan family selepas diketepikan keluarga sbb miskin dan janda” – Bonda Rozita terkenang kisah silam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*