Polis Wanita Selamat Menjadi ‘Bidan Terjun’ Di Dalam Teksi Setelah Didatangi Wanita Hamil Yang Mengadu Saklt Perut

“Polis dan masyar4kat berpisah tiada,” tepat seperti slogan yang dipegang oleh anggota Polis Diraja Malaysia, sememangnya perkara ini tidak dapat disangkal lagi malahan boleh dikatakan telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kalangan anggota badan beruniform yang dihorm4ti ramai ini.

Begitulah juga halnya yang terjadi dalam sebuah situasi yang dialami oleh Lans Koperal Komathi Narayan dari Balai Polis Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur apabila hari bertugasnya yang seperti biasa tiba-tiba bertukar cemas setelah seorang wanita hamil datang mengadu sedang saklt perut mahu melahirkan anak.

Lans Koperal Komathi yang pada ketika itu sedang bertugas di Pondok Polis Terminal Bersepadu Selatan (TBS) tanpa berfikir panjang segera membantu wanita itu dengan menemaninya menaiki teksi menuju ke hospital terdekat.

Walau bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, wanita hamil berkenaan telah melahirkan bayi lelaki dengan disambut oleh Lans Koperal Komathi.

Cheras Story

Dilaporkan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan masih mendapatkan rawatan di h0spital.

Disamping menjadi wira di mata masyar4kat, berita gembira ini turut sama dikongsikan oleh laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia yang tidak putus-putus memuji tindakan berperikemanusiaan Lans Koperal Komathi. Jelas sekali, mereka amat berbangga dengan bantuan yang telah dihulurkan oleh Lans Koperal Komathi kepada orang yang sangat memerlukan.

Di k1riman yang sama juga, terdapat banyak komen yang ditinggalkan oleh para pengguna Facebook yang rata-ratanya sangat gembira dan berbangga dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan.

Alangkah gembiranya apabila melihat k1riman yang hanya dihiasi sekeping gambar dan sedikit kisah ringkas begini sudah cukup membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan kagum dengan dedikasi yang diberikan oleh anggota beruniform ini.

Mungkin ini bukanlah satu situasi yang pernah dibayangkan akan dihadapi oleh Lans Koperal Komathi, tetapi ternyata Lans Koperal Komathi berjaya mengharunginya dan kerana itu, kami semua amat berterima kasih!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: EraBaru

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Polis Wanita Selamat Menjadi ‘Bidan Terjun’ Di Dalam Teksi Setelah Didatangi Wanita Hamil Yang Mengadu Saklt Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*