Petua Terbaik Untuk Mendidik Anak Anda Menjadi Insan Soleh Solehah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudvkannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.

Pertama, Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan sy4it4n.

Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda:

“Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca:” Bismillah, Allahumma jannibnas sy4it4na wajannibis sy4it4na ma razaktana.

Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah sy4it4n daripada kami dan jauhkanlah sy4it4n daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka sy4it4n tidak boleh memudaratkannya. “- Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara bvruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan.

Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jah1li4h apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membvnvhnya.

Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti bvta, b1su, pek4k. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada pencer4ian atau pembvnvhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili d1rinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama.

Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli m4ksi4t dan orang yang terkenal kej4hatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang men4kutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup.

Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak kanak-kanak. wallahua’lam,

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Petua Terbaik Untuk Mendidik Anak Anda Menjadi Insan Soleh Solehah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*